CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Sukan Bermotor] MotoGP: Marquez terpaksa lupakan impian

[Copy link]
Post time 30-5-2026 01:38 PM | Show all posts |Read mode
MARQUEZ turun semula ke litar untuk membina semula keyakinan tanpa memikirkan soal memburu gelaran dunia. - AFP





MotoGP: Marquez terpaksa lupakan impian



  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 30 Mei 2026, 10:30 am




MUGELLO, Itali – Pelumba Ducati, Marc Marquez menegaskan misi utamanya pada Grand Prix (GP) Itali hujung minggu ini adalah untuk membina semula kariernya sambil memberi fokus terhadap pemulihan fizikal.

Pelumba Sepanyol itu kembali ke litar setelah terlepas aksi GP Catalunya susulan pembedahan bahu kanan, selain menjalani pembedahan pada kaki yang cedera ketika perlumbaan Sprint GP Perancis di Le Mans.

Marquez yang ketinggalan 85 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Marco Bezzecchi mengakui memburu gelaran dunia bukan lagi keutamaannya kerana bimbang berdepan risiko kecederaan semula.

“Jika saya kembali dengan mentaliti mahu memenangi kejuaraan, saya mungkin akan cedera semula.

Sekarang bukan masanya untuk itu.

Saya berada dalam fasa membina semula masa depan,” katanya.

Menurut pelumba Ducati itu, fokus utamanya ketika ini adalah memulihkan kekuatan pada bahagian kanan badan, khususnya bahu dan lengan, sebelum memikirkan soal prestasi di litar.

“Kaki bukan masalah besar. Saya sebenarnya sudah bersedia untuk berlumba di Catalunya.

Bahu adalah kekangan terbesar saya sejak beberapa bulan lalu.

“Kita lihat dalam beberapa perlumbaan akan datang sama ada saya mampu membina semula kekuatan lengan kanan.

Selepas itu, saya yakin kelajuan akan datang dengan sendiri,” katanya.

Marquez berkata kemalangan di Indonesia tahun lalu memberi kesan besar kepada bahu kanannya menyebabkan dia terpaksa bekerja lebih keras untuk kembali ke tahap terbaik. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2026/05/30/motogp-marquez-terpaksa-lupakan-impian/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.149971 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list