CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 207|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Empat beregu tersingkir, cabaran Malaysia di Terbuka Singapura tamat di suku akhir

[Copy link]
Post time 29-5-2026 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Empat beregu tersingkir, cabaran Malaysia di Terbuka Singapura tamat di suku akhir

29 Mei 2026 08:59pm





Aaron Chia dan Soh Wooi Yik






KUALA LUMPUR - Cabaran pemain badminton negara di Kejuaraan Terbuka Singapura Super 750 berakhir di peringkat suku akhir hari ini


Di Stadium Tertutup Singapura, beregu lelaki nombor dua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik menutup tirai cabaran Malaysia apabila gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas straight set 15-21, 15-21 kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi selama 31 minit.


Kekalahan Aaron-Soh kepada pasangan ranking kelima dunia itu melengkapkan hari suram kem beregu lelaki negara apabila dua lagi wakil turut terkandas di peringkat lapan terbaik.

Terdahulu, beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 18-21, 21-10, 14-21 kepada beregu pilihan ketiga dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.


Sementara itu, gandingan muda Aaron Tai-Kang Khai Xing memberi tentangan sengit sebelum tumpas 21-19, 17-21, 13-21 kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam perlawanan selama 65 minit.

Nasib turut tidak memihak kepada beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang terpaksa menarik diri daripada aksi suku akhir menentang gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto.

Tang Jie-Ee Wei ketika itu sedang mendahului 18-16 dalam set pertama sebelum Ee Wei mengalami kecederaan lutut. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/781815/sukan/empat-beregu-tersingkir-cabaran-malaysia-di-terbuka-singapura-tamat-di-suku-akhir


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.205263 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list