CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 1

[Tempatan] Kegiatan lombong emas secara haram di Kelantan masih terkawal

[Copy link]
Post time 29-5-2026 08:48 AM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Aktiviti perlombongan emas secara haram di Kelantan setakat ini masih terkawal menerusi operasi berterusan yang dilakukan pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah, berkata ia berikutan aktiviti berkenaan hanya membabitkan daerah tertentu, bukannya di semua daerah.

Malah katanya, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) mempunyai pasukan pemantau dan sering melakukan operasi di lokasi yang dikenal pasti termasuk menyita jentera.

"Lokasi melombong emas secara haram hanya membabitkan lokasi tertentu dan boleh dikatakan kegiatan ini masih terkawal.

"Malah, dua lelaki maut yang dilaporkan pada petang Rabu lalu ketika melombong secara haram juga adalah kes terpencil.

"Jadi kita meminta semua pihak supaya tidak melakukan kegiatan perlombongan haram yang boleh membahayakan diri.

"Melombong ini menggunakan kaedah tertentu dan apabila mereka yang tiada kepakaran melakukan aktiviti berkenaan, ia mengundang kepada insiden tidak diingini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pembukaan Makmal Kelstone Cosmos Laboratory di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 Rabu lalu, dua lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dipercayai melombong emas tanpa lesen di kawasan ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah di sini Jeli.

Kedua-dua mangsa, Muhamad Ali Akhbar, 38, dan Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32, dipercayai sedang menjalankan kerja perlombongan emas secara haram sebelum timbunan tanah runtuh lalu menimbus mereka.

Hilmi berkata, sebelum ini, permit melombong hanya diberikan kepada syarikat bukannya individu dengan harga berbeza mengikut penilaian dan keluasan kawasan.

"Disebabkan itu sebagai alternatif kerajaan negeri mengeluarkan permit mendulang kepada rakyat di negeri ini bagi mengelak mereka melakukan kegiatan mendulang secara haram," katanya.

Sementara itu dalam isu berasingan, Hilmi berkata, Kelantan kini sedang meneroka potensi unsur nadir bumi (REE) yang dikenal pasti di kawasan seluas kira-kira 1,400 hektar di Ladang Subong, Gua Musang.

Katanya, usaha itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan agensi Jepun, Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC).

Beliau berkata, projek berkenaan masih berada pada peringkat eksplorasi dan pensampelan bagi mengenal pasti potensi sebenar deposit (kadar jumlah) REE sebelum sebarang aktiviti perlombongan dijalankan secara komersial.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntan-masih-terkawal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 29-5-2026 09:44 AM

Kipidap. Bila dah hanyut tebing semua boleh salahkan dap. Maklumlah semua menteri sg4 semua ada phd katanya...teringat mamat ni ckp gini dulu tu.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.077059 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list