CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 221|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aaron-Wooi Yik lolos ke suku akhir

[Copy link]
Post time 28-5-2026 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Aaron-Wooi Yik lolos ke suku akhir

Oleh Alief Iqbal Saidin - Mei 28, 2026 @ 7:07pm




Aaron-Wooi Yik akan bertemu pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang di suku akhir. NSTP/AIZUDDIN SAAD



KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Singapura selepas menewaskan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.

Pasangan ranking kedua dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-16 dalam aksi pusingan kedua.

Aaron-Wooi Yik tampil lebih tersusun sejak awal permainan apabila berjaya mengawal tempo perlawanan menerusi kombinasi serangan pantas dan pertahanan kemas.

Walaupun Lane-Vendy cuba memberi tentangan terutama pada pertengahan set pertama, pengalaman dimiliki pasangan negara itu membolehkan mereka mengekalkan kelebihan sebelum menutup set berkenaan dengan kemenangan 21-18.

Momentum positif diteruskan pada set kedua apabila Aaron-Wooi Yik mula menguasai permainan selain berjaya memanfaatkan beberapa kesilapan lawan untuk terus mendahului.

Pasangan negara itu langsung tidak memberi ruang buat pasangan England berkenaan untuk bangkit sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-16 sekali gus mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik.

Kemenangan itu turut meneruskan misi Aaron-Wooi Yik mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka di Singapura tahun lalu.

Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti pasangan negara itu apabila dijadual berdepan beregu nombor tiga dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang di suku akhir.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/05/1564555/aaron-wooi-yik-lolos-ke-suku-akhir






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.139276 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list