|
View: 421|Reply: 2
|
[Tempatan]
Mayat dalam Sungai Kerayong dipercayai lemas sejak beberapa hari lalu
[Copy link]
|
|
|
Mayat dalam Sungai Kerayong dipercayai lemas sejak beberapa hari lalu
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil - Mei 28, 2026 @ 12:39pm

KUALA LUMPUR: Penemuan mayat lelaki tanpa identiti terapung di Sungai Kerayong, Jalan Cheras di sini semalam menggemparkan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan jam 5.13 petang.
"Pemeriksaan awal dapati lelaki berkenaan berusia 20-an dipercayai meninggal dunia akibat lemas sejak dua hingga tiga hari yang lalu.
"Pemeriksaan fizikal oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras bagi proses bedah siasat.
Terdahulu tular di media sosial selepas kehadiran sekumpulan polis dan anggota bomba di lokasi kejadian menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam di kawasan itu.
https://www.threads.com/@aww.lieyaaa/post/DY1-Z75m3rR?hl=en
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dulu nak tau type apa dorang tengok sunat ka tak tapi skrg teknik tu dah tak boleh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|