CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 902|Reply: 13

[Tempatan] Aktiviti korban komuniti Rohingya cetus rasa kurang senang masyarakat tempatan

[Copy link]
Post time 28-5-2026 03:47 PM | Show all posts |Read mode





Aktiviti korban komuniti Rohingya cetus rasa kurang senang masyarakat tempatanKOMUNITI Rohingya melakukan ibadah korban pada sambutan Aidiladha di kawasan yang dilihat kurang sesuai di Selayang. FOTO Asyraf Hamzah

Selayang: Najis dan darah lembu sembelihan korban dibuang ke dalam longkang dipercayai dilakukan komuniti Rohingya di belakang deretan premis perniagaan di Jalan Besar Selayang Baru, di sini, hari ini, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Tinjauan Harian Metro mendapati, sebanyak 60 ekor lembu termasuk lembu sado disembelih sempena ibadah korban oleh komuniti Rohingya yang umpama 'menjarah' dan membuat koloni di kawasan pasar terbabit.

Sekali pandang, situasi ratusan warga asing mengendalikan sembelihan di lokasi ini tidak ubah seperti berada di negara asing.

Dengan tahap kebersihan dan lokasi sembelihan yang dilihat kurang sesuai, perkara itu menimbulkan tanda tanya sama ada segala kerja penyembelihan ini mendapat permit dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta kelulusan tapak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penduduk tempatan mendakwa, aktiviti penyembelihan lembu secara besar-besaran di kawasan pasar berkenaan sudah berlaku sejak lebih sedekad lalu, namun tahun ini tetap mencetuskan rasa kurang senang apabila sisa darah dan najis dibuang ke dalam longkang.

Amin Abdul Malek, 46, berkata, suasana di kawasan belakang premis perniagaan itu sejak malam tadi bagaikan pesta apabila ratusan warga asing mula menghias dan menempatkan lembu korban di lokasi berkenaan.

Katanya, kebanyakan lembu yang dibawa masuk adalah baka besar termasuk lembu sado yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit seekor.

"Malam tadi lagi mereka sudah sibuk buat persiapan dekat lorong belakang ini. Saya turun tengok memang meriah macam pesta.

"Lembu yang dibawa pun bukan biasa-biasa. Ada yang saya dengar harga sampai RM20,000 seekor, malah ada juga yang lebih mahal," katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi, hari ini.

Menurutnya, komuniti Rohingya di kawasan itu kebanyakannya terdiri daripada peniaga pasar dan aktiviti korban berkenaan dilakukan setiap tahun.
"Tahun ini saya dengar ada sekitar 60 ekor lembu disembelih. Tapi kalau dibandingkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dulu lagi banyak sampai berderet-deret depan kedai," katanya.

Seorang lagi penduduk, Din, 64, berkata, aktiviti korban di kawasan pasar Selayang Baru itu bukan perkara baharu kerana sudah berlangsung lebih 10 tahun.

"Memang sini tempat mereka buat korban sebab komuniti mereka ramai berniaga dekat pasar ini.
"Tapi kalau ikut undang-undang, perkara macam ini kena ada kelulusan juga daripada pihak berkuasa. Orang tempatan pun tertanya-tanya ada permit atau tidak," katanya.

Dia yang tinggal di Taman Selayang Makmur, di sini, turut mendakwa ada lembu dan kambing korban ditempatkan di dalam premis kedai dipercayai bagi mengelakkan perhatian pihak berkuasa.

Sementara itu, ahli jawatankuasa (AJK) program dikenali sebagai Sham, 35, mengakui kira-kira 60 ekor lembu disembelih di kawasan berkenaan, tidak termasuk 15 ekor lagi di Desa Bakti.

Katanya, majoriti peserta korban adalah komuniti Rohingya yang menetap dan berniaga di kawasan sekitar Selayang Baru.

Menurutnya, beberapa pihak termasuk individu berkaitan pengurusan kawasan turut berada di lokasi bagi memantau perjalanan aktiviti korban terbabit.

"Semua yang buat korban ini kebanyakannya peniaga dekat pasar sini. Program mula selepas solat Aidiladha pagi tadi.

"Kami sebagai AJK memang sudah pesan supaya jangan buang sisa dalam longkang, tapi bila ramai sangat memang susah nak kawal," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2026 03:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 04:24 PM | Show all posts
Bila Rohingya buat baru kau tau kotor busuk bagai... bila kaum sendiri buat ada pernah ko fikir apa kaum lain rasa, tak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 05:08 PM | Show all posts
pihak berkuasa kawal tetapi permudahkanlah aktiviti ini dimasa depan. contohnya, sediakan tempat buang bahanbahan buangan aktiviti korban.. ajar mereka mcm mana nak buat supaya bersih, panggil ketua kampung atau yang setaraf dan bagi briefing apa yang patut supaya acara ini dpt mereka buat dgn cara yang lebiah baik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2026 06:14 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-5-2026 12:24 AM
Bila Rohingya buat baru kau tau kotor busuk bagai... bila kaum sendiri buat ada pernah ko fikir apa  ...

Sepetti ini


https://m.youtube.com/watch?v=7eqwzN4yehI&t=123s&ra=m
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 06:15 PM | Show all posts
Perasan ketuanan sambil membawa masuk konon bangga menolong. Padahal kebodohan. Rakyat yang kena hadap kesusahan. Lepas tu kata dijajah dijarah. Podah.

Bodoh. Sial.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2026 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kata ronghiya x kaya mampu beli lembu sado
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 08:06 PM | Show all posts

Horey horey worey.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2026 08:07 PM | Show all posts
Edited by silance at 28-5-2026 08:12 PM

Horey horey worey.
Double posted - deleted.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 12:26 PM | Show all posts

farid sini farid, rekod betul2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 28-5-2026 06:15 PM
Perasan ketuanan sambil membawa masuk konon bangga menolong. Padahal kebodohan. Rakyat yang kena had ...

UMNO sekarang dah jadi hamba Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts


Babinya warga rohingya..tuntut hak samarata ..sedangkan cina, india pun faham undang2 Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2026 01:17 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-5-2026 09:49 AM

Mungkin satu hari nanti Malaysia akan jadi seperti ini!


https://m.facebook.com/groups/796705698873524/permalink/1471310348079719/?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2026 04:38 AM | Show all posts


Tak ada beza pun Melayu dengan rohingya, kau orang memang sesuai berjiran!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.106914 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list