|
View: 1319|Reply: 23
|
[Tempatan]
Drama Grab Minggu Ini -> Isteri Cuba Lerai Gaduh Ditampar Abangla Depan Baby
[Copy link]
|
|
|
Edited by begg at 28-5-2026 12:18 PM
PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing mendakwa berdepan situasi mengejutkan apabila seorang penumpang lelaki didakwa menampar isterinya sendiri ketika berlaku pertikaian mengenai bayaran tambang hanya RM7.
Menerusi video rakaman kamera papan pemuka yang dimuat naik di akaun Thread @stanleyloi, kejadian itu berlaku pada pukul 2.42 petang, semalam.
Insiden itu difahamkan bermula apabila pemandu tersebut menghantar pasangan tersebut ke destinasi mereka.
Menurutnya, tambang perjalanan ketika itu berjumlah RM7, namun penumpang yang dipercayai warga asing terbabit menghulurkan wang RM50 sedangkan dia tidak mempunyai baki kecil untuk dipulangkan.
“Saya cakap saya tak ada duit kecil dan tanya sama ada dia ada Touch ‘n Go (TNG), tapi dia kata baki tak cukup."
“Saya dah fikir kalau tak boleh selesai, saya nak halalkan sahaja tambang itu,” katanya.
Tambahnya, dia kemudian menasihati penumpang terbabit supaya menyediakan wang kecil bagi memudahkan urusan pembayaran tambang pada masa akan datang.
“Saya cakap baik-baik, kalau tambang RM7 mungkin boleh sediakan RM10 atau RM20 supaya tak susahkan pemandu. Tapi dia terus marah serta mengamuk dan tanya ‘adakah saya tak ada duit nak bayar?’,” katanya.
Menurut pemandu itu, lelaki berkenaan mendakwa isu wang baki adalah masalah pemandu dan bukan tanggungjawab pelanggan untuk menyediakan wang kecil.
Dakwanya lagi, keadaan menjadi lebih tegang apabila penumpang terbabit yang juga sedang memangku bayinya secara tiba-tiba meninggikan suara sebelum isterinya cuba menenangkan keadaan.
“Bila isterinya cuba masuk campur untuk reda keadaan, dia terus maki dan tampar isterinya. Masa itu saya memang hilang sabar. Nak bergaduh itu satu hal, tapi kenapa sampai pukul isteri?” katanya.
Menerusi video rakaman tersebut, pemandu itu dilihat tidak dapat menahan kemarahannya sebelum mengarahkan lelaki terbabit keluar dari kenderaannya.
Setelah pertengkaran berlanjutan sambil ditenangkan si isteri, pemandu tersebut bercadang membuat laporan kepada pihak Grab berhubung insiden tersebut.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial yang rata-rata mengecam tindakan lelaki berkenaan, khususnya kerana melibatkan keganasan terhadap wanita.
“Lega sangat anda (pemandu) bertegas untuk lindungi wanita itu. Tu depan orang dah baran macam tu, kalau di belakang macam manalah,” kata seorang pengguna.
“Kasihan tengok bayi tu, dapat bapa baran macam tu. Tengok muka dah tahu warga asing, naik ‘tocang’ pula dia dengan orang Malaysia,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelangan nak bayar
dan mampu
yg sialnya si Grab pulak takde duit kecil
kan tgjwab Grab mesti ada duit tukaran.
play victimlh pulak grab sial tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Benci aku warga rohingya...pi beeambos |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ditampo tu bini warge rohingya ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 28-5-2026 02:56 PM
Masalah tadak duit kecil ja terus jadi masalah besar
Pergi mekdi drive thru order burger spicy mcdeluxe byr cash dapat baki duit
Sblm naik grab tanya driver grab ada duit kecil ka kalau takdak jgn naik grab
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 28-5-2026 12:24 PM
Pelangan nak bayar
dan mampu
Eh jgn tak tahu, haritu meolls naik grab bagi cash ngam ngam pun tarik muka yer, sbb bukan bayar QR.
Driver gen Z. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gen Z kan tak suke pegang cash, dia suke tgk baki acc dia ada byk kosong kosong kosong kosong.. tp dia lupa andaikata bank shutdown 24jam mslh sistem ke ape tahu la nasib kau nk cari cash, iols tak suke juga ada cash tp iols suke overthinking kalau ms nk beli brg sistem tak ok tak blh guna kad ape semua so dlm dompet mesti ada 50 atau 20..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buat undang2 bila tak ada wang tukar, barang atau servis jadi free, ko tengok masalah tiba2 selesai.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
salah pemandu sebab kena standby duit kecik.jangan anggap semua orang akan guna QR or bank transfer. kita bukan fully 100% cashless.
asbab kerjadian ini kita terjumpa sesuatu lah kan. aku hairan cmne wanita malaysia ni sanggup sangat nak kawen dengan lelaki warga asing dari 3rd world country dengan tak ada apa-apa. dan entah apa -apa.
asal belaki ke cam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rohingya
Maybe salah sorang forumer |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Klo kedai/mall pun kkdg cashier tade duit tuko. Dh ramai bg rm50 katanyer. Ada cashier ckp abangla buat taktik time bayo baki TNG tak cukup. Suruh pinjam kawan ke apa tp depa buat bodoh. Pastu free je customer blkg baik ati @ malas beratur lama tolong bayo. Org msia ni klo susah2 sgt , bg free je la.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rohingya hanyut mana pulak ni, semak la kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 29-5-2026 09:51 AM
Selalunya grab driver mmg prefer cash sbb dia boleh rolling duit tu balik. Kalau bayar online terus ke acct grab so dia kena tunggu la pay cycle baru dpt balik duit. So driver ni maybe betul2 tak de duit kecil. Mungkin setakat 11-12 ringgit adalah kut. Yg rohingya ni pulak tak memasal triggered bila org tu pesan next time kalau tambang sikit sediakan duit kecil. Kata ingat dia x boleh bayar ke bagai. Kalau x baran sudah tentu kau dpt free ride. Ni tak kau bantai bini kau lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon sapa berniaga sediakan duit kecik...kita pembeli ni...itu kalo...kuarkan RM drp ATM..tableh nk pilih2...'note'. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah naik grab tahun lepas, tak sedar duit x cukup lepas tu iols xreti on QR code ..iols mintak maaf sgt2 suruh tunggu nk ambik duit kt atas..tp dia x boleh tunggu sbb ada passenger lain..korek2 short RM3..adik tu nama Razzin, dia kata takpe lah kak..sedekah semua tambang tu kt masjid..so iols sedekahkan atas nama dia campur doa iols semoga murah rezeki dan mudah urusan hidup dia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia tampor tu bini dia Melayu ke? minta penampor Rohingya ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 29-5-2026 08:15 PM
cmf_jeangrey replied at 29-5-2026 07:06 PM
Pernah naik grab tahun lepas, tak sedar duit x cukup lepas tu iols xreti on QR code ..iols mintak ...
Wah memang macam peminta sedekah, selalunya peminta sedekah biasanya berdoa selepas dapat duit.
Tapi Uols pelik sikit, peminta sedekah, sedekahkan doa kepada penderma  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pi berambos balik ke Rohingya..ada hati nk tuntut hak samarata sbg rakyat Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 29-5-2026 07:06 PM
Pernah naik grab tahun lepas, tak sedar duit x cukup lepas tu iols xreti on QR code ..iols mintak ...
Just nak cerita pengalaman saya juga. Masa tu kat spore ordered grab ke changi. Letak situ nak byr cash sbb ingat ada beberapa puluh dollars lagi dalam purse nak habiskan. Sekali dlm grab tengok tak cukup lupa sudah terguna byr breakfast... Mengelabah lepas tu ckp kat dia boleh tak bayar card sbb tak cukup duit. Time ni dah nak dekat sampai. Driver melayu dia ckp kena tukar kat apps, nasib baik boleh edit kat apps time tu untuk byr dgn cc. Dia ckp kalau x boleh dia nak halalkan je tp rasa tambang dekat 50 dollars mcm tak best pula kita rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 30-5-2026 09:18 AM
Driver xde kawan2 yg niaga ka patut tukar duit kecil, kalau xde duit kecil jagn ambil penumpang, driver punya masalah x reti tukar duit kecil jadi masalah gaduh pula, bangla nak megamuk nak pukul driver x boleh dia pukul bini melepas marah, driver x reti2 pergi mekdi or stesen minyak beli apa2 cari duit kecil, grab bukan peniaga pasar malam atau pasar ikan yg boleh tukar2 duit kecil kedai sebelah, wargasing dibayar gaji cash 2x gaji sebulan nak expert pakai ewallet or qr bank ka, gaji pun dibayar note 50, jika beli lunch dan brg dapur habis gitu ja 50, sampai nak cari duit kecil kena beli kedai lain yg juga xde duit kecil melainkan kedai mesra warga emas mesra b40 mesra kanak2 yg sentiasa ada duit kecil, kalau mall tempat mewah rata2 cashless, sbb itu nak beli barang kedai tanya dulu ada duit kecil kalau xde jgn beli, tanya driver grab jika xde duit kecil jgn naik grab tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|