CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 9

[Tempatan] Bezza Potong Tak Lepas Bertembung Alphard -> 3 Generasi Maut

[Copy link]
Post time 28-5-2026 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA KRAI – Dua lagi mangsa termasuk seorang bayi berusia setahun disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sebuah stesen minyak di Laloh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, Safinaz Razmi, 52, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta jenis Perodua Bezza dinaikinya dipercayai bertembung dengan sebuah MPV jenis Toyota Alphard.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd. Maizan Mustaffa berkata, seorang wanita, Jasmin Lyana Mohd. Jamil, 22, yang merupakan anak kepada Safinaz menghembuskan nafas kira-kira pukul 9.59 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), di sini akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, tidak lama kemudian, anak kepada Jasmin Lyana iaitu Nur Nuha Helena Abd. Matin yang berusia setahun meninggal dunia di HSIP kira-kira pukul 4.40 petang tadi akibat kecederaan yang sama dengan ibunya.

“Pemandu kereta Perodua Bezza yang juga suami kepada Jasmin Lyana kini dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di Zon Merah HSIP.

“Siasatan awal mendapati, kereta Perodua Bezza yang dinaiki empat beranak itu dipercayai memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah MPV jenis Toyota Alphard yang berada di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, hajat seorang wanita bersama anak, menantu dan cucunya untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sebuah stesen minyak di Laloh, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2026 03:19 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 07:59 AM | Show all posts
Jalan yang sudah tidak sesuai dengan zaman. Zaman sekarang patut dah tak wujud jalan antara bandar 1 lorong. Tunggu highway siap. Malah kalau nak future-proof sepatutnya buat 3 lorong sehala. Satu lagi masalah jalan sekarang adalah apabila kedai dan rumah orang dibina betul-betul sebelah jalan besar. Seolah-olah langsung tak ada perancangan. Pengguna jalan raya boleh secara tiba-tiba exit atau masuk jalan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah..pakai kereta yg lambat pikap speed ni x sesuai memotong..tambah2 bawak family...innalillah..

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:17 AM | Show all posts
1.3 muatan penuh dgn org dewasa 3org tmbh beg2 baju mmg lemau nk memotong.. Bezza ni laju bile dah lajak je, tp aku tgk driver2 bezza ni bile dpt kete dorang bawa mcm tgh bawa M series / AMG.. salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 10:06 AM | Show all posts
kalau tengok gambar kat atas mcm double lane...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2026 10:52 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 11:37 AM | Show all posts
ultra78 replied at 28-5-2026 07:59 AM
Jalan yang sudah tidak sesuai dengan zaman. Zaman sekarang patut dah tak wujud jalan antara bandar 1 ...

tak payahla nak salahkan jalan, salahkan diri sendiri sebab cuai. org Malaysia ni mmg perasan diorg tu F1 driver.  tak reti merancang perjalanan, paling bodoh dah tau ngantuk paksa diri jugak pastu microsleep. tu blum lg terlampau tinggi imannye dah musafir drive jauh gigih nak puasa jugak. pemandu malaysia memang tak berdisiplin. terimalah hakikat itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2026 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila x de kesabaran...hendak cepat...memotong line yg panjang..ni lah jd nya...vellfire tu dah tentu laju juga dah mmg jalan dia...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim perayaan x mungkin boleh memotong 2 hala sentiasa ada kenderaan melain ada lorong memotong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.344129 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list