CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 675|Reply: 2

[Tempatan] Siapa Buat Kak?? Kenapa Bersila Atas Hiway Tu? Ini Kan Raya..

[Copy link]
Post time 28-5-2026 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 28-5-2026 12:21 AM


SEBERANG PERAI – Seorang wanita mengundang perhatian orang ramai apabila dia duduk bersila di tengah Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seberang Jaya di sini, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5 petang semalam ketika kenderaan bergerak laju di kedua-dua arah menuju ke Jambatan Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah.

Menerusi satu video berdurasi 21 saat yang tular di laman sosial Facebook, wanita bertudung labuh itu nekad duduk di tengah jalan sebelum dua treler bertindak memberhentikan kenderaan mereka secara bersebelahan.

Video [Sensitive Content]:
https://x.com/Negori09/status/2059546684020166971

Kelihatan juga orang awam memberhentikan kereta di bahu dan di tengah penghadang lebuh raya bagi membantu menyelamatkan wanita terbabit.

Berdasarkan video tular tersebut, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa simpati dengan tindakan wanita terbabit selain meminta membawanya ke hospital berhampiran.

“Harap kakak tu okey..mesti ada sebab atau pun sakit,” komen Jeff Yeoh.


“Tidak semua orang ada tahap kesihatan mental yang sama. Saya sangat faham ha ini kerana dari kecil ada keluarga yang keluar masuk hospital psikiatri,” balas Andi Putra.

“Semoga dipermudahkan urusan hidup dia. Semua orang tengah berjuang untuk idup sekarang ini,” tulis Alya Farhana.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial membalas, ‘Allah hantar abang lori untuk melindungi kakak itu. Dah habis fikir agaknya. Semoga ada penyelesaian untuk dia dan ada yang sudi membantu’. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2026 10:30 AM | Show all posts
semoga baik2 je untuk akak ni....

masalah jiwa ni mmg org nmpk kita sihat...dalaman tuan badan je yang tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 12:36 PM | Show all posts
ni kang menyusahkan bomba ke pulis nk kutip daging bersepai atas jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.113225 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list