CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura

[Copy link]
Post time 27-5-2026 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





PEARLY-THINAAH terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura. -FOTO AFP




Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa beraksi sehingga set penentuan sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Terbuka Singapura selepas menewaskan wakil Taiwan, Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah sedikit bergelut di set pertama apabila tewas 20-22 tetapi berjaya bangkit pada dua set seterusnya untuk menang 21-16, 21-15 ke atas Ling Fang-Yu Chieh dalam masa 51 minit.

Kemenangan itu juga memastikan beregu nombor dua dunia mengekalkan rekod bersih apabila menang kesemua tiga pertemuan mereka.

Di pusingan kedua esok, gandingan negara itu akan bertemu sama ada wakil Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard atau Jackie Dent-Crystal Lai dari Kanada.

Untuk makluman, ini adalah kejohanan pertama Pearly-Thinaah selepas kali terakhir beraksi di Kejohanan Badminton Asia pada April lalu berikutan Pearly mengalami kecederaan serius.

Bagi Pearly, meskipun mencatat kemenangan, dirinya masih belum berpuas hati dan ada beberapa perkara harus diperbaiki pada perlawanan seterusnya.

"Secara keseluruhan saya rasa agak kurang puas hati dengan prestasi kami kerana masih banyak perkara yang boleh diperbaiki dan dilakukan dengan lebih baik dalam perlawanan tadi," katanya.



Disiarkan pada: Mei 27, 2026 @ 7:30pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2026/05/1363019/pearly-thinaah-mara-ke-pusingan-kedua-terbuka-singapura




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053907 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list