CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 416|Reply: 1

[Tempatan] Johor Tidak Halang Latihan Ketenteraan

[Copy link]
Post time 27-5-2026 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai ruang, kuasa serta kerjasama yang sewajarnya untuk melaksanakan sebarang bentuk latihan di Johor, titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Baginda bertitah, latihan sedemikian amat penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan serta memperhalusi kemahiran yang diperlukan, bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Sehubungan itu, Tunku Mahkota Ismail memberi jaminan bahawa Institusi DiRaja Johor dan kerajaan negeri, akan terus memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha tersebut.

"Saya berdiri teguh bersama ATM dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa bersama anggota tentera negara dalam apa jua keadaan."

"Segala pengorbanan, dedikasi dan khidmat yang dicurahkan oleh anggota ATM dalam mempertahankan negara, hendaklah sentiasa dihormati dan dihargai,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Tunku Mahkota Ismail bertitah anggota tentera tidak seharusnya berdepan halangan yang tidak perlu dalam melaksanakan latihan, serta eksesais operasi yang amat penting demi pertahanan dan kesiapsiagaan negara.

"Tidak sepatutnya juga wujud sebarang layanan berat sebelah terhadap mana-mana unit atau rejimen tertentu, kerana setiap individu yang menyarung uniform berkhidmat dengan penuh kehormatan, kesetiaan dan pengorbanan serta layak menerima penghormatan dan pengiktirafan setinggi-tingginya."

"Sokongan saya bukan sahaja terhad kepada mereka yang masih berkhidmat, malah turut meliputi anggota tentera yang telah bersara atau bakal bersara. Pintu Johor akan sentiasa terbuka buat mereka, sebagai tanda penghargaan terhadap segala pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai kepada negara,” titah baginda.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memaklumkan latihan ketenteraan ATM, akan dilaksanakan dengan kerjasama rapat kerajaan negeri serta agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaannya tersusun, selamat dan berhemah selaras dengan kepentingan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2026 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tahan nafas ke tuuu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:23 PM GMT+8 , Processed in 1.794649 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list