CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 5

[Tempatan] Ibadah Korban Lembu Sado Makin Meningkat

[Copy link]
Post time 27-5-2026 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Ladang ternakan lembu premium, Colla Cattle Farm menerima pembelian lebih 100 ekor lembu sado bagi kategori berat 500 kilogram ke atas untuk ibadah korban tahun ini berbanding 60 ekor tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif ladang berkenaan, Jamal Abdul Karim berkata, bagi kategori berat melebihi 800 kilogram pula meningkat kepada 16 ekor yang dijual tahun ini berbanding enam ekor tahun lepas dengan harga serendah RM16,500

“Kalau ikut kategori kami sendiri, lembu sado ialah lembu yang beratnya 800 kilogram ke atas. Tetapi kalau di luar sana, lembu 500 kilogram pun sudah dianggap sado.

“Kalau ambil kira kategori 500 kilogram ke atas, kami sudah menjual lebih 100 ekor lembu sado tahun ini dengan peningkatan permintaan yang sangat tinggi.

“Harga seekor lembu sado ketika ini bermula sekitar RM10,000 sehingga RM25,000 bergantung kepada saiz dan kategori premium haiwan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Jamal memaklumkan, lembu sado di ladang berkenaan bagi ibadah korban tidak dijual mengikut bahagian kerana kebanyakan pelanggan memilih pembelian secara seekor penuh.


“Kita hanya jual bahagian untuk lembu biasa sahaja dengan harga RM850 bagi satu bahagian,” katanya.

Ujar beliau lagi, pihaknya mempunyai sistem penggredan tersendiri melibatkan kategori A, B, C serta premium satu hingga sembilan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurutnya, majoriti pelanggan kini lebih cenderung memilih lembu dalam kategori premium berbanding kategori biasa.

“Kalau ikut data semasa, lembu gred C hanya terjual tiga ekor sahaja. Kebanyakan pelanggan pilih premium satu sampai premium sembilan.

“Ini menunjukkan kemampuan rakyat Malaysia untuk melakukan ibadah korban masih tinggi dan mereka mahu melakukan ibadah itu dengan pilihan yang terbaik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jamal berkata, kos penternakan lembu premium terutama lembu sado dan wagyu jauh lebih tinggi berbanding lembu biasa kerana faktor pemakanan.


Katanya, kos makanan harian bagi seekor lembu wagyu boleh mencecah RM30 hingga RM35 sehari, manakala lembu sado pula sekitar RM15 hingga RM20 sehari berbanding lembu biasa yang hanya sekitar RM10 sehari.

“Kalau untuk lembu sado, kos membela daripada lahir sehingga matang boleh mencecah RM6,000 hingga RM8,000 seekor.

“Daripada keseluruhan kos penternakan, kira-kira 60 peratus sebenarnya datang daripada kos makanan,” jelasnya.

Beliau berkata, tempoh pembesaran lembu sado kebiasaannya sekitar dua tahun sebelum dijual, manakala tempoh maksimum simpanan adalah sehingga dua tahun enam bulan.

Menurutnya, bagi lembu wagyu pula, tempoh pembesaran lebih panjang iaitu sekitar 36 hingga 40 bulan, namun baka itu tidak digunakan untuk ibadah korban.

Menyentuh mengenai trend pembelian lembu premium, beliau percaya kebanyakan pelanggan bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu melaksanakan ibadah korban dengan lebih sempurna mengikut kemampuan masing-masing.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2026 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm terbaca satu news kt cari gak pasal lembu sado takde org nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap x laku kejap laku mesti last minit beli
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap x laku kejap laku mesti last minit beli
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 27-5-2026 02:22 PM
mcm terbaca satu news kt cari gak pasal lembu sado takde org nak beli

ha ah

beberapa hari lepas

mengeluh tak laku lembu sado

maybe yg ni area bandar dan lebih besar ladangnya

siap bnyk gred lembu dgn breakdown kos2 sblm ready UTK dijual





Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kedai jual cakoi, cakoi kosong xde cakoi inti nutella pisang cheese kaya ada jual
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058043 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list