CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 525|Reply: 1

[Tempatan] Sepasang Rakan Maut Langgar Pokok 3 Pagi #janganspeku

[Copy link]
Post time 27-5-2026 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kulai: Dua rakan maut selepas kereta dipandu seorang daripada mereka melanggar pokok di Kilometer 27 Jalan Johor Bahru - Air Hitam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan itu pada jam 3.05 pagi.

Beliau berkata, kereta itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun bersama seorang penumpang seorang wanita warga tempatan berusia 22 tahun.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang sedang bergerak menghala ke arah Johor Bahru itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di kiri jalan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang kereta parah pada bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507.

Disiarkan pada: Mei 26, 2026 @ 10:12pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2026 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengantuk ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.071414 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list