CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 218|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Kuartet 4x100 buru masa terbaik di Hong Kong

[Copy link]
Post time 26-5-2026 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-5-2026 07:16 PM

Kuartet 4x100 buru masa terbaik di Hong Kong

Oleh Alief Iqbal Saidin - Mei 26, 2026 @ 3:56pm




Kuartet 4x100 meter negara yang akan beraksi di Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun di Hong Kong.



KUALA LUMPUR: Atlet pecut, Danish Iftikhar Muhammad Roslee mensasarkan mencatat masa terbaik apabila mengetuai cabaran kuartet 4x100 meter (m) lelaki negara pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun di Hong Kong, bermula Khamis hingga Ahad ini.

Atlet kelahiran Johor itu yang bergandingan dengan Danish Irfan Tamrin, Muhammad Dzul Danish Jamari dan Muhammad Sayyid Amin Roslan berkata, kuartet yang dibentuk kali ini masih dianggap baharu dan memerlukan lebih banyak pendedahan di pentas antarabangsa.

"Sebelum ini kami bersaing sesama sendiri di MSSM, tetapi sekarang kami bergabung dalam satu pasukan untuk Malaysia.

"Dalam acara berganti-ganti, kepercayaan antara satu sama lain sangat penting dan setakat ini semuanya berjalan lancar," katanya.

Danish yang baru pulang daripada Kejohanan Seiko Japan Continental di Jepun turut mengakui jadual padat bukan alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik.

"Alhamdulillah, pengalaman di Jepun sangat baik untuk saya.

Tidak sampai seminggu selepas itu kami akan beraksi pula di Hong Kong.

Apa pun, kami perlu sentiasa bersedia untuk setiap kejohanan," katanya.

Selain memburu kejayaan dalam acara 4x100m, Danish turut menggalas cabaran dalam acara individu 100m dan 200m.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2026/05/1563812/kuartet-4x100-buru-masa-terbaik-di-hong-kong





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 1.043313 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list