CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 263|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Kelantan TRW 'ditendang' daripada Liga Super

[Copy link]
Post time 26-5-2026 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Kelantan TRW 'ditendang' daripada Liga Super

Oleh Syafiq Aznan - Mei 26, 2026 @ 4:18pm





Pasukan Kelantan TRW gagal mendapat lesen untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.



KUALA LUMPUR: Kelantan The Real Warriors (TRW) FC terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super musim depan selepas tidak diberikan lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB).

Perkembangan itu disahkan oleh Pemangku Pengerusi FIB, Hussaini Hussin menerusi satu kenyataan selepas keputusan rasmi bagi permohonan lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan lesen kebangsaan diumumkan, hari ini.

"FIB juga mengesahkan bahawa Kelantan The Real Warriors FC tidak diberikan lesen kebangsaan kerana permohonan yang dikemukakan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan MFL," katanya.

Hussaini berkata proses penilaian dilaksanakan berdasarkan keseluruhan dokumen permohonan yang sudah dikemukakan oleh kelab dengan mengambil kira tahap pematuhan terhadap Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2025/26 (MFL CLR).

"Hasil penilaian Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL memutuskan bahawa tujuh kelab Liga Super berjaya mendapatkan Lesen AFC dan Kebangsaan iaitu Johor Darul Ta'zim FC, Kuching City FC, Selangor FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC dan Sabah FC.

"Empat kelab pula diberikan lesen kebangsaan dengan 'sanction' adalah Imigresen FC, Melaka FC, Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC mengikut artikel 8.2 MFL CLR," kata Hussaini.

Hussaini menjelaskan keempat kelab pasukan terbabit dikehendaki mengemukakan maklumat tambahan kewangan bagi memenuhi keperluan Kriteria Kewangan dan Kriteria Infrastruktur selewat-lewatnya pada 15 Julai 2026.

"Kegagalan berbuat demikian maka perkara tersebut akan dirujuk semula kepada pihak FIB untuk tindakan selanjutnya.

"Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC dikenakan denda sebanyak RM45,000 di bawah Artikel 8 (f) MFL CLR.

"Berdasarkan Artikel 3.2 (a) dan Artikel 8, untuk pemberian Lesen Kebangsaan sahaja, ketidakpatuhan kepada Kriteria Gred A dan B, pihak FIB boleh memberikan Lesen Kebangsaan dengan 'sanction'," katanya.

Selain itu, FIB turut mengumumkan empat kelab daripada AFL A1 iaitu Kelantan Red Warrior FC, UM Damansara United FC, Armed Forces FC dan Bunga Raya FC berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa dengan merujuk kepada Artikel 15 untuk Kitaran Pelesenan Kelab MFL 2025 - 2026.

Sebagai rekod, penilaian ini merangkumi enam kriteria utama iaitu sukan, infrastruktur, personel dan pentadbiran, perundangan, kewangan serta perniagaan.

Lesen yang diluluskan adalah terhad kepada satu musim pertandingan sahaja untuk pertandingan AFC dan MFL Liga Super, iaitu bagi musim 2026/27.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1563827/kelantan-trw-ditendang-daripada-liga-super





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076887 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list