CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ^CUN_GILA~.

[Tempatan] Lagi Pendaki Wanita Hilang : Dipercayai Keluar Laluan { Healing Ke Yong? }

[Copy link]
Post time 27-5-2026 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya haji , ibu pulak hilang di hutan..kesian anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2026 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia punya hiking area tak selamat. Hari tu aku baru report pasal monyet liar. Haram takde apa tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jumpa lagi ke akak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 08:35 PM | Show all posts
Skuau replied at 26-5-2026 08:42 PM
Macam ni...tak nak la  nak minat apa2....

Banyak perkara baik-baik yang boleh kita jadikan "minat"

Contoh :
✓ Minat mengajar budak-budak mengaji
✓ Minat bersedekah makanan kepada kucing-kucing jalanan
✓ Minat bersedekah makanan (contoh beras, roti) terus kepada rumah-rumah penjagaan orang tua

dan lain sebagainya...

dan berdoalah selalu, semoga kita hidup dalam iman, mati jua dalam iman... mati dalam keadaan yang baik dan mulia... doa semoga jauhkan kita mati dalam keadaan aib dan mengerikan...

InsyaAllah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 08:36 PM | Show all posts
Edited by telracs at 27-5-2026 08:38 PM
Skuau replied at 26-5-2026 08:42 PM
Macam ni...tak nak la  nak minat apa2....

~ double post ~
Forum CARI masih mengong...

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 27-5-2026 07:29 AM
Tak jumpa lagi ke akak ni?

Dijangka akan dijumpai dalam masa terdekat.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2026 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dijumpai dengan selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak kondem.  Tapi betol la hukum Islam kata wanita bila keluar rumah elok ada mahram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2026 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu lah buat aktiviti berisiko tinggi mcm ni kalau bkn dlm bidang kerja kita. Benda membabitkan nyawa. Nyawa sendiri dan nyawa anggota awam. Mmg musibah kalau nk berlaku dalam rumah pun boleh jadi tapi sebolehnya cuba la minimumkan risiko yg tak perlu. Kalau betul2 minat aktiviti mcm tu apply la keje yang berkaitan contoh keje tentera ke, renjer ke, malim gunung ke, geologist ke. Kurang² ada la sumbangan, kalau jadi apa² pun socso cover takde la rasa ralat sbb dlm bertugas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 27-5-2026 09:50 PM
Dijangka akan dijumpai dalam masa terdekat.

Meols rasa kakak Jaslinda ni sengaja tinggalkan sampah macam botol minuman, plastik gula2 tu sebab nak bagi hint dia lalu di kawasan tu. Kat area gunung situ mesti ada laluan sungai, kenapa dia tak pegi ke arah sungai je? Ataupun dia sendiri pun tengah cari sungai tapi tak ketemu. Kalau dia just stay kat satu tempat saja ke tak boleh ke, tunggu situ sampai penyelamat datang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana la bermalam sorang2 dlm hutan...ya Allah seram + takut gila...gelap segelap2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 27-5-2026 09:50 PM
Dijangka akan dijumpai dalam masa terdekat.

sampah2 yang ditinggalkan kenapa buang balik

it could be evidence

or just simply sampah

ko dh pegang, collect dan buang kat bawah nanti

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
tempat 'orang' jgn nk buat tak tentu hala

mengundang namanya

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by begg at 28-5-2026 01:48 PM
Mahathirina replied at 27-5-2026 10:02 PM
Bukan nak kondem.  Tapi betol la hukum Islam kata wanita bila keluar rumah elok ada mahram.

Isteri abang yang nak panjat gunung tu musim raya korban.  Bila hilang habis dengan bomba pun tak beraya camni.  Kenapa abang tak sama2 panjat?  


TAPAH – Suami wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini semalam berharap golongan malim lebih bertanggungjawab terhadap peserta program mendaki.

Haszman Othman, 61, berkata, dia terkilan dengan kejadian yang menimpa isterinya, Jaslinda Saludin, 49, yang kini masih dicari anggota penyelamat di gunung tersebut.

“Saya tak faham kenapa isteri boleh ditinggalkan bersama seorang sahaja malim dan seorang lagi pendaki yang sakit di atas gunung itu."

“Malim yang mengetuai kumpulan pendaki disertai isteri seharusnya lebih bertanggungjawab dengan peserta program berkenaan dan tidak meninggalkan orang sakit di atas gunung,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Haszman berkata, malim yang mengetuai kumpulan pendaki seramai 13 orang berkenaan gagal memberikan jawapan memuaskan hati apabila dia bertanyakan perkara tersebut kepada lelaki berkenaan semalam.

“Sebagai ketua kumpulan, bagaimana dia boleh meninggalkan peserta sakit di atas bukit dan turun bersama mereka yang sihat?” soalnya.

Dalam pada itu, katanya, Jaslinda yang merupakan seorang penjawat swasta bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lalu bagi menyertai pendakian tersebut bersama-sama dua orang rakannya.

Bagaimanapun, hanya rakan-rakannya turun dari gunung berkenaan bahkan telah selamat tiba di rumah masing-masing semalam.

“Isteri memang berpengalaman mendaki gunung. Dia memiliki sekurang-kurangmya 10 tahun pengalaman, bahkan mengikut rekod Jabatan Perhutanan dia juga akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini."

“Jaslinda memang suka aktiviti yang mencabar kemampuan dirinya,” katanya yang turut memberitahu mereka mempunyai tiga orang anak.

Media hari ini melaporkan seorang wanita yang cedera di bahagian kaki ketika menyertai aktiviti mendaki Gunung Batu Putih di sini dilaporkan hilang, dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan bagi mencarinya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 05:37 PM | Show all posts
begg replied at 28-5-2026 01:46 PM
Isteri abang yang nak panjat gunung tu musim raya korban.  Bila hilang habis dengan bomba pun tak b ...

knp pakcik ni nak salahkan malim tu pula...kan sorang turun sorang tunggu....
yang kakak ni nak pi sorang2...overconfident barang kali...
ke ada "benda" lain yang memanggil2 suruh pi jua..

ahh seram aku dgn hutan belantara ni...
tempat menyeramkan... - hutan...laut......mcm xde penghujung klu duk tgh2 dua tempat ni...

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp Hari dah weyyy....kalau hampir 15 hari x de harapan dah nk hidup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2026 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 27-5-2026 01:50 PM
Dijangka akan dijumpai dalam masa terdekat.


TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di Tapah berdepan dengan detik sukar kerana hanya membawa bekalan dua botol air dan buah kurma sebagai sumber kelangsungan hidup.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah melepasi tempoh 72 jam dengan bekalan wanita itu mungkin telah habis.

“Jadi kita ambil kira, masa ini kondisi dia semakin lemah. Saya dimaklumkan oleh malim dia tidak membawa bekalan makanan yang cukup hanya buah kurma dan dua botol air."

“Kita pun ada jumpa satu botol air yang dia dah buang jadi maknanya ada satu botol air lagi sahaja. Jadi kemungkinan untuk dia kekal cergas selepas 72 jam memang agak sukar,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Kawalan Bomba, Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh, Tapah hari ini.

Katanya, situasi wanita cekal itu lebih kritikal kerana sumber makanan telah habis, perkakasan bagi tempat perlindungan amat terhad selain tidak membawa pemetik api untuk memanaskan badan di kawasan pergunungan yang kesejukan ekstrim pada waktu malam.

Jelasnya, faktor itu mungkin menyebabkan Jaslinda mengubah perancangan untuk menyelamatkan diri dengan mencari sumber air di sungai.

“Kemungkinan dia ikhtiar menuju ke Kem Sukaneka sekiranya mendengar punca air di sebelah kiri iaitu Sungai Ayer Busok."

“Esok kita akan fokuskan SAR di sungai itu kerana kemungkinan dia akan ke situ selain ada pengalaman mendaki Gunung Batu Putih sebelum ini,” katanya.

Tambah beliau, kawasan laluan yang dilalui Jaslinda kini mungkin tiada punca air menyebabkan dia semakin tidak bertenaga dan lemah.

Berhubung pengalaman Jaslinda sebelum ini pernah mendaki Gunung Batu Putih yang menjadikan agak mustahil untuk dia sesat Sayani berkata, pendakian pertama itu secara berkumpulan termasuk malim gunung.

“Saya dimaklumkan ini adalah kali kedua. Dia dah ada pengalaman sebelum ni mendaki Gunung Batu Putih tetapi secara berkumpulan."

“Yang kali ini, dia tertinggal jadi kemungkinan nak mengejar kawan lain itu yang menyebabkan tersilap ambil laluan,” katanya.

Berkenaan kesukaran operasi menyelamat, Sayani berkata, kawasan sekitar pergunungan itu terdapat puncak-puncak bukit tinggi yang perjalanannya melalui darat mengambil masa empat ke lima jam.

Susulan itu, tiada perkhidmatan dron digunakan kerana kawasan hutan tebal termasuk Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata, seramai 92 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi SAR itu merangkumi polis, JBPM, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan serta malim gunung.

Katanya, selain udara, fokus operasi digerakkan melalui laluan darat iaitu dari Pos Musuh dan Pos Kuala Woh melibatkan pasukan kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat anggota termasuk malim gunung yang mahir dengan keadaan muka bumi di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:11 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 28-5-2026 05:37 PM
knp pakcik ni nak salahkan malim tu pula...kan sorang turun sorang tunggu....
yang kakak ni nak pi ...

tulah ai pun tapaham. Klo sheols duduk je dgn malim & peserta yg muntah tu , selamatlah kowt. Ni pergi snd sorang2 , knp pula malim yg salah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathirina replied at 28-5-2026 09:09 PM
TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di Tap ...

Hutan...bukan tempat manusia
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:21 PM | Show all posts
Semoga segera ditemui. Kesian family mmg tak senang duduk , tak tahu apa nasib mak depa. Hiking ni best sbb berpeluh dlm hutan yg udaranya segar giler. Me & my mom dulu masa duduk Manjung , tetiap ahad panjat. Tp bukit tu kecik jelah , org pun ramai naik turun. Klo jenis aktiviti gini pukul 2 pagi panjat tak beranilah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.913351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list