|
View: 7528|Reply: 127
|
[Tempatan]
Lagi Pendaki Wanita Hilang : Dipercayai Keluar Laluan { Healing Ke Yong? }
[Copy link]
|
|
|
TAPAH – Pasukan penyelamat akan menumpukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang sesat di Gunung Batu Putih di sini semalam di sekitar Gunung Rayu esok.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, ia kerana wanita berkenaan, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai keluar daripada laluan sepatutnya dan menuju ke kawasan terbabit.
Beliau berkata, terdapat tanda-tanda yang ditinggalkan Jaslinda seperti tapak kaki di laluan berkenaan.
“Dia sepatutnya keluar di Kuala Woh, namun tersasar ke Gunung Rayu atau Pos Musoh.
“Kawasan itu memang tak dilalui pendaki-pendaki lain, jadi kita akan fokus pencarian di lokasi terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, trek di Gunung Rayu yang berada dalam kategori G8 ekoran tahap kesukaran pendakiannya berada di sempadan negeri Perak dan Pahang.
Sabarodzi berkata, antara halangan perlu ditempuhi pasukan penyelamat adalah masalah komunikasi, selain trek di gunung berkenaan adalah curam.
“Selain itu, semalam hujan lebat jadi berkemungkinan laluan di sana adalah licin dan sebagainya.
“Masalah lain juga adalah kawasan pencarian adalah di puncak gunung, jadi pergerakan pesawat yang melakukan kerja pencarian atau untuk menghantar penyelamat agak terbatas dengan masa ekoran awam tebal,” katanya.
Katanya, operasi hari ini dihentikan pada pukul 6 petang tadi, namun terdapat lapan anggota penyelamat kasih berada di puncak Gunung Batu Putih dan bermalam di sana.
“Pada pukul 8 pagi esok pesawat dari Pangkalan Udara JBPM di Bertam akan membawa kira-kira 16 anggota penyelamat untuk membantu pasukan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata, terdapat tanda-tanda ditinggalkan Jaslinda seperti tapak kaki di laluan berkenaan.
Media hari ini melaporkan seorang wanita hilang sewaktu terlibat aktiviti mendaki Gunung Batu Putih, manakala seorang lagi pendaki lelaki mengalami masalah kesihatan, dengan dia ditemani seorang malim gunung.
Mangsa lelaki berkenaan, Mohd. Hanafi Neikmad, 41, bagaimanapun berjaya diselamatkan petang tadi dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kita akan mati di tempat yg kita minat buat...cth org tu suka pi masjid, besar kemungkinan dia akan meninggal di masjid, org tu minat menyelam, besar kemungkinan dia meninggal waktu menyelam..jika minat berperang, dia akan mati waktu berperang ( ni termasuk la kan hihi)..jika minat berjogging mcm.aku ni( besar kemungkinan lah juga haha) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dijumpai dalam keadaan selamat la. Ni kawasan hutan perak jugak ke yg hilang tu? Yg kes adik yg turun hiking dgn family tu pun hutan kat belah perak jugak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo ada dua kes berlainan rupanya. semoga cepat ditemui |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg iols takut nk join aktiviti naik gunung..mcm2 kat hutan... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by supernaturalee at 26-5-2026 11:50 AM
yg ni hutan perak bersempadanan dgn hutan pahang
jauh antara lokasi bukit changkat asa dgn gunung ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
satu lg org hilang, keras ke hutan kt perak noh. yang ceroboh hutan haram, tarah sana sini, xpulak hilang dieorg. yg kes wang kelian dlm hutan belantara tu. moga akk nie dijumpai segera. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mariane replied at 26-5-2026 12:04 PM
satu lg org hilang, keras ke hutan kt perak noh. yang ceroboh hutan haram, tarah sana sini, xpulak ...
Org jahat tak lut sbb hati dan fikiran dah hitam agaknya. Biasanya hati dorg kental..benda2 halus x kacau org kental, agaknya la... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
benda tu suka kat orang2 baik cantik hansem saja |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mariane replied at 26-5-2026 12:04 PM
satu lg org hilang, keras ke hutan kt perak noh. yang ceroboh hutan haram, tarah sana sini, xpulak ...
Pernah laki aku lepak dgn pakcik2 baru balik masjid kat ipoh. Sempat dorang bersembang pasal kes Acap masa tu.. pastu pakcik2 ni kata Perak la paling kuat main jin2 ni. Hutan kt Perak tempat deme buang natang2 tu. So hutan kt Perak mmg keras yah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila susah minta tolong satu negara
da jumpa nanti minta jangan speku pape
rentikan la benda2 camni
lebih pada mudarat je menyusahkan orang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 26-5-2026 04:33 PM
bila susah minta tolong satu negara
da jumpa nanti minta jangan speku pape
rentikan la benda2 camni
Manusia ni dikurniakan akal. Sebab tu la reti spekulet.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ha memang la
tapi kerabat2 orang kena bencana ni salu suh jgn speku bila dah jumpa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 26-5-2026 04:33 PM
bila susah minta tolong satu negara
da jumpa nanti minta jangan speku pape
rentikan la benda2 camni
Setuju bang
Puas hati baca komen nih!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 26-5-2026 09:23 AM
Biasanya kita akan mati di tempat yg kita minat buat...cth org tu suka pi masjid, besar kemungkinan ...
Macam ni...tak nak la nak minat apa2.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 26-5-2026 09:31 AM
Semoga dijumpai dalam keadaan selamat la. Ni kawasan hutan perak jugak ke yg hilang tu? Yg kes adik ...
Belah Selangor , Changkat Asa tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 26-5-2026 09:31 AM
Semoga dijumpai dalam keadaan selamat la. Ni kawasan hutan perak jugak ke yg hilang tu? Yg kes adik ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 26-5-2026 09:44 PM
Belah Selangor , Changkat Asa tu
Ok2 meols dh tengok kat maps. Tq  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eqx replied at 27-5-2026 02:13 AM
Semoga segera dijumpai dengan selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|