CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 16

[Tempatan] Lambakan Pusat Data Dalam Negara Ancam Bekalan Air

[Copy link]
Post time 25-5-2026 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Pembangu­nan pusat data berskala be­sar perlu diurus dengan te­liti bagi memastikan penggunaan air bagi sistem penyejukan tidak memberi tekanan kepada sumber air negara.

Ia selari garis panduan pem­bangunan pusat data mam­pan dikeluarkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), yang menekankan pengguna­an reka bentuk lebih cekap air bagi kemudahan berkenaan.

Menurut garis panduan itu, pusat data berskala besar disaran mencapai sasaran penggunaan air tidak melebihi 2.2 meter padu bagi setiap megawatt jam.

Bagaimanapun, Malaysia ma­­­sih ketinggalan berbanding penanda aras global memandangkan purata Kecekapan Penggunaan Air (Water Usage Efficiency – WUE) dunia adalah sekitar 1.8 meter padu bagi setiap megawatt jam.

Bagi sebuah pusat data berskala besar yang beroperasi sepanjang hari, penggunaan air bagi tujuan penyejukan boleh mencecah jutaan liter sehari.

Namun, jumlah penggunaan air itu bergantung kepada kapasiti pusat data, teknologi penyejukan yang digunakan serta tahap kecekapan air dalam reka bentuk dan operasi kemudahan berkenaan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, jurang antara sasaran WUE negara dan purata global perlu ditangani segera.

Beliau berkata, bagi pusat data berskala besar (hyperscale) berkapasiti 100 megawatt, penggunaan air dianggarkan kira-kira dua juta liter sehari.

Katanya, jika diekstrapolasi kepada kapasiti terkumpul pusat data sekitar 4,000 megawatt, penggunaan air bagi tujuan penyejukan kemudahan itu boleh mencecah 80 juta liter sehari.

Sebagai perbandingan, penggunaan air sebanyak 80 juta liter adalah bersamaan keperluan harian kira-kira 100,000 isi rumah.


Berdasarkan panduan Jaba­tan Tenaga Amerika Syarikat (DOE), air dalam sistem menara penyejukan lazimnya dikitar semula beberapa kali sebelum sebahagiannya dibuang sebagai air buangan (blowdown).

Mengikut prinsip operasi itu, kira-kira 50 hingga 75 peratus daripada air tambahan yang masuk ke sistem berpotensi hilang melalui penyejatan manakala selebihnya dikeluarkan sebagai blowdown bagi mengawal kan­dungan mineral.

Menurut laporan firma perun­ding hartanah antarabangsa JLL Malaysia, jumlah kapasiti pusat data negara ketika ini dianggarkan kira-kira 835 megawatt.

Jumlah itu diunjurkan me­lebihi 1,850 megawatt menjelang 2026 dan boleh mencecah lebih 4,000 megawatt selepas 2030.

Piarapakaran berkata, bagi memastikan penggunaan air pusat data lebih cekap, kerajaan perlu membangunkan dasar dan garis panduan yang kekal relevan dengan perubahan teknologi semasa.

“Pada masa hadapan, teknologi penyejukan pusat data akan menjadi semakin baik. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan pengendali pusat data tidak terus bergantung kepada teknologi lama.

“Perlu ada syarat tambahan supaya pengendali beralih kepada teknologi penyejukan lebih cekap apabila ia tersedia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan juga boleh menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) untuk menetapkan langkah penjimatan air khusus bagi pusat data.

“Melalui WSIA, kerajaan bo­leh menetapkan kaedah supaya pusat data menggunakan air dengan lebih cekap, termasuk melalui penggunaan semula air, kitar semula air dan sistem penyejukan yang lebih baik.

“Pendekatan ini boleh dibuat khusus untuk pusat data,” katanya.


Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Yusoff Ishak berkata, pembangunan pusat data tidak boleh dilihat dari sudut ekonomi digital semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, pembangunan itu perlu mengambil kira kemampuan sumber air setempat bagi memastikan kapasiti bekalan tidak terjejas akibat peningkatan permintaan daripada sektor industri.

Katanya, sebagai negara ber­iklim tropika, keperluan penyejukan bagi pusat data adalah le­bih tinggi memandangkan suhu persekitaran yang panas menyebabkan sistem komputer dan pelayan perlu disejukkan secara berterusan.

Mohd. Yusoff berkata, te­kanan terhadap sumber air juga boleh meningkat sekiranya pusat data dibangunkan di kawasan lembangan yang sudah berdepan masalah tekanan air, kemarau dan suhu melampau akibat perubahan iklim.

Katanya, keadaan itu dibu­ruk­kan lagi apabila infrastruktur bekalan air sedia ada sudah beroperasi menghampiri had optimum.

“Permintaan air daripada sektor domestik, pertanian, perindustrian dan alam sekitar sentiasa meningkat. Sehubungan itu, pengembangan pusat data yang tidak terkawal boleh meningkatkan persaingan untuk sumber air terawat.

“Isunya bukan sahaja jumlah ketersediaan air tetapi juga kapasiti tampung setempat dan kebolehpercayaan bekalan yang bermusim,” katanya.

Beliau berkata, keupayaan bekalan air untuk menampung keperluan pusat data tanpa menjejaskan pengguna domestik bergantung kepada lokasi, nilai rizab serta daya tahan sistem bekalan air di negeri ma­sing-masing.

Katanya, sesetengah zon perindustrian yang mempunyai infrastruktur kukuh dan kapasi­ti rawatan lebihan mungkin mampu menampung peningkatan permintaan buat sementara waktu. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2026 10:01 PM | Show all posts
air pakai buang ka?

kalau untuk cooling bukan ka recirculated...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 10:19 PM | Show all posts
bagus dia ni highlight awal... klu timbul juga masalah air sebab data center ni semua, kesalahan kerajaanlah nanait
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-5-2026 10:01 PM
air pakai buang ka?

kalau untuk cooling bukan ka recirculated...

Siapa penah dok tepi aircond compressor?  Panas kan?  Same concept applies.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 08:57 AM | Show all posts
india ni mesti walaun
macam nak back up sanusi ja
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2026 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
patut data centre buat kt kutub sejuk melampau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2026 11:43 PM | Show all posts
patut buat pusat data dlm laut aja
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-5-2026 10:01 PM
air pakai buang ka?

kalau untuk cooling bukan ka recirculated...

Iye, reticulated.  Tp tulah org ramai x faham. Sama concept dgn dsitrict cooling tower yg buat kasi aircon mall, airport, bangunan besar2 sejuk.  Yg tu oklak boleh terima ye sbb  suka bawak sekeluarga lepak kat malls.. Sejuk katanya bawa anak2 musim panas2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2026 12:17 PM | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 27-5-2026 07:33 PM
Siapa penah dok tepi aircond compressor?  Panas kan?  Same concept applies.

itu airfin cooler, mana ada pakai air. kat mana same conceptnya

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 12:28 PM | Show all posts
Samerosie replied at 29-5-2026 09:26 AM
Iye, reticulated.  Tp tulah org ramai x faham. Sama concept dgn dsitrict cooling tower yg buat kas ...

cooling water tower ni comes in all shapes and sizes. typically in industrial use air tu akan disejukkan guna angin dan masuk semula ke dalam sistem. ofkos ada loss through evap yang perlu diganti tapi bukan lah the whole inventory.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-5-2026 12:28 PM
cooling water tower ni comes in all shapes and sizes. typically in industrial use air tu akan dise ...

Ya kan iols ckp konsep nya sama.  Klcc pun pakai water cooling system.  Nak tengok boleh la pergi kat belakang masjid klcc tu ada bangunan cooling system tu.

Sekarang dah one step further.  Big dc's akan ada water treatment plants sendiri for the cooling system, tak payah syarikat air bekallkan. Power pun boleh buat biodiesel untuk kegunaan sendiri or guna jenis renewable energy yg lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-5-2026 12:17 PM
itu airfin cooler, mana ada pakai air. kat mana same conceptnya

Kalo ko cinta sangat data centers ni apa kata ko pegi beli rumah tepi sana duduk..  Lepas tu ko cerita la kat sini best ke tidak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 06:03 PM | Show all posts
^CUN_GILA~. replied at 29-5-2026 01:30 PM
Kalo ko cinta sangat data centers ni apa kata ko pegi beli rumah tepi sana duduk..  Lepas tu ko ce ...

apa kau merepek ni, bila masa aku cinta data centers?

I've spent a good part of my life operating cooling towers some setinggi 4-5 storey buildings. Benda yang ko tepek tu sangat basic tiada dispute di sini. Yang aku tanya macam mana demand boleh sebegitu tinggi it sounds like ayer tu macam tumpang lalu single pass begitu. Frankly aku tak nampak any similarity dengan aircond compressor yang langsung tak pakai ayer.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 29-5-2026 06:24 PM
^CUN_GILA~. replied at 29-5-2026 01:30 PM
Kalo ko cinta sangat data centers ni apa kata ko pegi beli rumah tepi sana duduk..  Lepas tu ko ce ...


Nok, lain konsepnya nak compare Aircon dgn fridge punya cooling system dgn dc. Agak2 lah

Iols mmg duduk dekat dgn cyberjaya situ je berpuluh dc dah sedekad.  Tak de lak iols nengok org cyber jadi zombie minum mandi guna air sana.  Mungkin transform jadi mat minah black je kut. Sbb kat sana tiba2 ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2026 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ^CUN_GILA~. at 29-5-2026 07:21 PM
Decaffeinated replied at 29-5-2026 06:03 PM
apa kau merepek ni, bila masa aku cinta data centers?

I've spent a good part of my life operating ...


Aku kasi ni sebab kesian:

https://dataspan.com/blog/crac-vs-crah-cooling-units-whats-the-difference/

Kongsi ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 30-5-2026 08:44 AM
Decaffeinated replied at 29-5-2026 06:03 PM
apa kau merepek ni, bila masa aku cinta data centers?

I've spent a good part of my life operating ...


Oooo baca kongsi ilmu dia baru faham dia belum tahap process.  Dia baru tau the types sajork hhehe.  Artikel bebenang ni sendiri cakap pasal ayer tp yg sibuk dibahas yg pakai gas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden penyelidikan air si s piarapakaran ni tak tanye acik porem dulu ke sebelum hencap datacenter ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.402822 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list