CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 2861|Reply: 49

[Tempatan] Beli 1 percuma 4:Lelaki kiciwa apabila terpaksa memikul tanggungjawab bulat bulat menjaga empat orang anak tiri selepas berkahwin dengan seorang janda

[Copy link]
Post time 25-5-2026 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 26-5-2026 06:01 AM

Seorang lelaki meluahkan rasa buntu apabila mendakwa dirinya terpaksa memikul tanggungjawab menjaga empat orang anak tiri selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bergelar ibu tunggal.





Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mengakui pada awalnya dia menyangka isterinya seorang yang berdikari memandangkan sudah lama menguruskan anak-anak sendiri sebelum mereka berkahwin.
Bagaimanapun, sangkaannya meleset apabila hampir semua urusan anak-anak kini dipikul sepenuhnya olehnya termasuk soal persekolahan, makan minum dan keperluan harian.
Aku betul-betul buntu dengan isteri aku. Dia seorang janda dan mempunyai empat orang anak. Masa mula kahwin dulu, aku ingat bila berkahwin dengan janda, mereka lebih berdikari. Rupanya tidak bagi situasi aku sekarang.
Hampir semua tanggungjawab anak-anak dia dilepaskan sepenuhnya kepada aku. Dari hal persekolahan, makan minum, pakaian, semuanya aku yang tanggung.
Menurut lelaki itu lagi, dia juga perlu menguruskan rutin menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah setiap hari walaupun perlu membahagikan masa dengan tuntutan kerja.
Malah, dia mendakwa pernah mencadangkan supaya anak-anak menggunakan pengangkutan sekolah atau pengangkutan awam, namun isterinya melenting dan menuduh dirinya mengungkit.
Aku bukan mengungkit, cuma aku sudah terlalu penat. Anak-anak pula sekolah di tempat berbeza dan ada yang sesi petang. Aku bekerja dan tak boleh sesuka hati keluar awal semata-mata untuk menghantar anak dia ke sekolah.
Aku dah cuba berbincang secara baik dengan dia, tapi akhirnya mesti berakhir dengan pergaduhan.
Lebih menyentuh hati, lelaki itu turut mendakwa dia menjadi individu yang paling banyak meluangkan masa bersama anak-anak berkenaan sehingga hubungan anak-anak lebih rapat dengannya berbanding ibu bapa kandung sendiri.
Masa hari anugerah anak-anak dia pun, dia atau bekas suami langsung tak datang. Aku juga yang ambil cuti kerja untuk hadir dan tengok anak-anak dia naik pentas ambil anugerah.
Sampai sekarang, anak-anak dia lebih rapat dengan aku berbanding ibu bapa kandung mereka sendiri.
Dalam pada itu, lelaki itu turut meluahkan rasa terkilan apabila isterinya didakwa kurang menunjukkan rasa prihatin terhadap dirinya terutama ketika dia sedang sakit.
Menurutnya, dia pernah dimasukkan ke hospital akibat demam virus, namun sebaik pulang ke rumah dia tetap perlu melakukan kerja rumah sehingga hampir pitam kerana tidak mendapat bantuan daripada isterinya.
Sumber: Threads



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2026 05:56 PM | Show all posts
Pantun semasa

dua 3 buaya berenang gembira

kerana apam dia, sendiri merana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Sebelum kawen bukannya tak tahu bakal isteri adalah janda
Apa igt kawen janda bole lepas tangan 100% pasal anak tiri ka??? Dream on!
Again fadan muka
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang engko bodow pegi kawen jande anak berderet tu nape??  Mak ko misti larang ko bercinte kan?  Cantek sangat ke jande tu wey?  Ade rupe terowong Menora tak bawah tu?  Loslobos bhai..  Ke semua anak beranak operet?  Degil cakap mak maka ko tanggong la situ.  Jangan rogol anak tiri pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 07:27 PM | Show all posts
Semoga tabah dan kuat bang
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen sbb janda byk pengalaman kerr? Maybe binik dia pikir ex dia lg perform ats katil kot? Opppss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2026 08:45 PM | Show all posts
Kalo rasa x leh support anak2 janda xyah la kawin,agaknya bini dia tgh sedap kedarah duit nafkah anak2 dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 10:14 PM | Show all posts
cuba halusi masalah brother tu...

dia sebenanrnya mengeluh pasal urusan anak-anak tiri sebab isteri tu nampaknya hampir serahkan sepenuhnya urusan anak kepadanya atau dia tak peduli dah... nak bincang pun tak boleh, end up gado gado....

cuma susah nak agak apa maksud kata-kata dia sangka janda tu boleh urus semua lepas kawin, adakah dia tak nak urus langsung atau bolehlah tolong separuh, tp realitinya memang dia boleh manage pun anak janda tu.. keluhan dia, ialah janda tu tak tolong urus pun...

aku ingat janda tu mesti cantik .. kalau tak tak akan dia nak kawin dengan janda anak 4.

mungkin juga something wrong dgn janda tu... laki sakit pun buat tak peduli. cuma susah nak confirmkan atau sejauh mana bad boy janda tu tak dpt dipastikan...

aku ingt kalau dia bertahan, dia akan ada anak dan anak tiri yang akan support dia dimasa tua dan dapat kebaikan kerana membesarkan anak2 yang tak tau apa serta terselamat dari mangsa keadaan yg lebih terusk... tapi kalau tak tahan sangat bila dah satu2 keluar perangai, cerailah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2026 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 25-5-2026 11:52 PM

Normally wanita2 x berdikari sentiasa cari penyelamat umur 20 cepat2 kawen sbb x mau kerja, bila jadi janda cepat2 cari bf kepung jadikan laki, mo dia ialah buat sayang budak2 dulu kat bf suruh panggil abah dukung budak bawa pi park lama2 budak dah sayang bf boleh kepung x bagi ke sana sini control hp dan pergerakan hujung2 kawen sbb x jumpa alternative awek lain sbb dah kena kepung, walau parent x restu dah bagi nasihat pun tetap degil dan berkata anak2 tiri dah sayang bf panggil abah/mintak dukung, bujang sudah terjerat
Budak anak tiri mungkin ada genetic bapak asal yg x best kalau x takkan lakibini bercerai, kalau bapak asal itu penagih dadah kaki perempuan perompak penyakit menurun genetic ke anak tiri bila anak tiri dah besar pening kepala anak tiri buat hal
Lelaki normal biasa kawen janda selepas anak janda semua habis sekolah, lelaki ngok jika umur 50 cerai bini pastu kawen bini muda beranak kena kerja sampai umur 70 org lain semua dukung cucu ko tua2 masih kerja budak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 11:34 PM | Show all posts
Dah tu bini dia buat apa?

Better blah aje la..Tapi sebelum tu try document semua aktiviti yg dah dibuat. Ambik anak, masak, kemas rumah, try slow talk walaupun bergaduh etc etc. Senang nak tunjuk bukti kat mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dah kau yg nak sgt kawen dgn janda
hadaplah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 07:02 AM | Show all posts
sapa suruh kawen dgn janda anak berderet....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 07:02 AM | Show all posts
Edited by midori888 at 26-5-2026 10:23 AM

double post....nampak mcm janda tu carik kuli batak, bukan suami...segala urusan anak2 tiri laki tu kena handle...sedangkan mak kandung dan bapa bio buat tak peduli kat anak2 sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 08:28 AM | Show all posts
Jangan tunjuk sgt ko perform bila kenal jantan.

Ramai jantan la ni nak princess treatment lepas kawen.

Jandi ni bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 09:54 AM | Show all posts
i tot dia nak komplen pasal dia kena tanggung anak2 tiri..

rupanya more than that.. sampai tahap pergi balik sekolah dia kena handle.. suruh naik transport bini tak bagi.. ko dah kenapa kak?
untung la laki baru sudi jugak share tanggungjawab.. ni kau pulak lepas tangan..
hari anugerah anak pon.. mak bapak budak tu tak pegi.. pak tiri yg kena pegi. agak2 la..

tanggungjawab makan minum budak tu patut di bawah ex shuben dia.. bkn laki baru.
laki baru amik alih tanggungjawab tu dah syukur sangat.. ni melampau2 lak lepas tangan 100 percent. kalau dah nganto ngambik.. hari anugerah pon pak tiri yg kena handle.. apatah lagi makan minum. entahkan sesen haram tak dapat nafkah dari bapak kandung
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh kau ni.

Orang selalu buat lawak Janda tu sebab melawak menyindir Janda bang oiiii... Kenapa yang kau kahwin janda???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2026 10:30 AM | Show all posts
adekah ko termakan kata2 janda tu yang bekas laki dia tagune sebab tu ko kahwin dgn dia? Sekarang kau patut pikir balik kenapa janda tu kena cerai..SS sila ambil perhatian..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 10:52 AM | Show all posts
kesmpulannya mesti janda tu cantik kebaboom
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 11:23 AM | Show all posts
kucingitam replied at 26-5-2026 10:30 AM
adekah ko termakan kata2 janda tu yang bekas laki dia tagune sebab tu ko kahwin dgn dia? Sekarang ka ...

so lebih selamat kalau kawin janda kematian laki la eh?
kalau janda kena cerai ni.. maybe ada darkside yg kita tak tau, penyebab jadi janda.

well.. smua orang tau.. nak jadi janda.. tak semestinya pompuan yg buat hal. Banyak gak kes jantan yg buat hal. Isteri teraniaya. Kenala selidik dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 11:31 AM | Show all posts
talapia replied at 26-5-2026 11:23 AM
so lebih selamat kalau kawin janda kematian laki la eh?
kalau janda kena cerai ni.. maybe ada dark ...

selamat tak selamat, pandai2 lah korang..korang yang pilih nak kahwin. dgn yg bujang pun takleh percaya sgt..as i said, pandai2lah korang buat due diligence..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.140005 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list