CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 276|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Antonelli raih kemenangan keempat berturut-turut

[Copy link]
Post time 25-5-2026 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Antonelli raih kemenangan keempat berturut-turut

Mei 25, 2026 @ 6:56am





Pemandu Mercedes, Kimi Antonelli meraikan di podium selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Kanada di samping naib juara dari Ferrari, Lewis Hamilton dan tempat ketiga dari Red Bull, Max Verstappen di Litar Gilles Villeneuve, Montreal, Quebec. – Foto REUTERS



MONTREAL, Kanada: Pemandu muda sensasi Mercedes, Kimi Antonelli meneruskan permulaan luar biasanya musim ini apabila meraih kemenangan keempat berturut-turut pada Grand Prix Kanada, pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan pelumba Itali berusia 19 tahun itu melebarkan pendahuluan kejuaraan dunia kepada 43 mata.

Antonelli turut mencipta sejarah Formula Satu (F1) sebagai pelumba pertama memenangi empat perlumbaan pertama kariernya secara berturut-turut.

Kejayaannya turut dibantu nasib malang rakan sepasukan, George Russell yang terpaksa menarik diri susulan masalah kuasa enjin selepas kedua-duanya bertarung sengit pada separuh pertama perlumbaan.

Antonelli menamatkan perlumbaan 10.768 saat di depan juara dunia tujuh kali dari Ferrari, Lewis Hamilton.

Hamilton pula meraih podium ke-10 di Kanada dan podium ke-204 sepanjang kariernya selepas berjaya mengekang cabaran juara dunia empat kali dari Red Bull, Max Verstappen yang akhirnya meraih podium pertama musim ini.

"Ia satu pertarungan yang sangat menyeronokkan dengan George.

"Kami benar-benar berada di had maksimum. Bukan mudah hari ini.

"Sayang sekali George mengalami masalah kerana ia pasti menjadi pertarungan yang amat menarik, tetapi saya ambil kemenangan ini," kata Antonelli.

Hamilton yang meraih kemenangan sulungnya di Montreal pada 2007 dan berkongsi rekod tujuh kemenangan di litar itu bersama Michael Schumacher, nyata gembira dengan pencapaiannya.

"Akhirnya kami menemui tetapan terbaik dan mengharungi hujung minggu yang bagus.

"Sangat menakjubkan dapat kembali berada di podium dan saya sempat bertarung dengan Max.

Saya sangat gembira, saya suka litar ini," kata Hamilton.

"Saya menikmati beberapa pertarungan menarik.

"Lebih seronok apabila dapat berlumba di kelompok depan dan bertarung dengan Lewis.

Semuanya amat positif," kata Verstappen.

Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat keempat buat Ferrari di depan Isack Hadjar dari Red Bull, Franco Colapinto (Alpine) dan Liam Lawson dari Racing Bulls. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/05/1563111/antonelli-raih-kemenangan-keempat-berturut-turut





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2026 11:37 AM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.091059 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list