CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 326|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Salah bangga kembalikan Liverpool ke 'tempat sepatutnya'

[Copy link]
Post time 25-5-2026 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Salah bangga kembalikan Liverpool ke 'tempat sepatutnya'

Mei 25, 2026 @ 6:28am





Pemain Liverpool, Mohamed Salah berswafoto dengan peminat selepas beraksi perlawanan terakhir bersama kelab itu ketika berdepan Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool. – Foto REUTERS



LIVERPOOL, England: Mohamed Salah berkata Liverpool sudah kembali "ke tempat sepatutnya" selepas mengharungi perlawanan terakhirnya bersama kelab itu, lewat malam tadi.

Keputusan seri 1-1 menentang Brentford pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menutup tirai perjalanan sembilan tahun penyerang Mesir berusia 33 tahun itu di Anfield.

Salah turut mengucapkan selamat tinggal bersama pertahanan Scotland, Andy Robertson yang menyertai Liverpool pada 2017.

Sepanjang bersama Liverpool, Salah meledak 257 gol untuk muncul penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah kelab di belakang Ian Rush (346) dan Roger Hunt (285).

Dia turut membantu Liverpool memenangi pelbagai trofi termasuk Liga Juara-Juara dan dua gelaran EPL.

"Saya rasa saya menangis lebih banyak berbanding sepanjang hidup saya.

Saya sebenarnya bukan seorang yang terlalu emosional.

"Kami membesar bersama di sini, berkongsi segala-galanya dari awal hingga akhir," kata Salah mengenai hubungannya bersama Robertson di Anfield.

"Kami mengembalikan kelab ini ke tempat sepatutnya."

Robertson turut mengakui emosinya bercampur baur selepas mengharungi aksi terakhir bersama Liverpool.

"Pada masa depan nanti, kami tahu kami sentiasa dialu-alukan kembali ke kelab ini.

Ini satu bab besar dalam hidup kami, tetapi bukan penamat.

"Sekarang kami perlu berehat dan fokus kepada Piala Dunia.

Ini keluarga kami dan kami tahu kami akan sentiasa diterima di sini," katanya.

Pemergian Salah diumumkan pada Mac lalu selepas dia mendedahkan hubungannya dengan pengurus Liverpool, Arne Slot sudah retak sejak Disember.

Malah selepas kekalahan kepada Aston Villa minggu lalu, Salah turut memuat naik hantaran di media sosial meminta Liverpool kembali bermain dengan gaya "heavy metal football" yang sinonim ketika era Jurgen Klopp.

Walaupun begitu, Salah tetap diturunkan menentang Brentford dengan namanya dan Robertson disambut sorakan gemuruh penyokong ketika diumumkan di stadium.

Penyokong turut membawa sepanduk khas buat kedua-dua legenda kelab itu termasuk tulisan "Terima kasih legenda" dan "Kami berubah daripada hebat kepada gemilang. Salah raja kami."

"Hebat seperti dijangka," kata Slot mengenai sambutan penyokong terhadap Salah dan Robertson.

"Penyokong kami sentiasa tahu bagaimana mahu menjadikan detik istimewa lebih bermakna."

Salah muncul penjaring terbanyak EPL musim lalu dengan 29 gol ketika Liverpool menjuarai liga, namun prestasinya merosot musim ini apabila hanya menjaringkan tujuh gol liga.

Keputusan seri dengan Brentford, ditambah kekalahan Bournemouth kepada Manchester United, memastikan Liverpool menamatkan saingan di tangga kelima sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

"Memang sukar meninggalkan Liverpool," kata Salah.

"Saya melihat kembali apa yang saya capai dan tertanya-tanya sama ada saya mahu lebih lagi. Rasanya tidak.

"Kami sudah memenangi semuanya. Kasih sayang penyokong adalah perkara paling penting buat saya.

"Saya akan jauh dari sini nanti dan pasti akan sentiasa emosional setiap kali mengenang Liverpool.

Saya harap pasukan terus berada di tahap tertinggi dan terus bersaing untuk semua trofi." – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1563105/salah-bangga-kembalikan-liverpool-ke-tempat-sepatutnya





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2026 07:27 AM | Show all posts
babai salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.089746 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list