CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 237|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Impian Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul gelaran Masters Malaysia tidak kesampaian

[Copy link]
Post time 25-5-2026 06:35 AM | Show all posts |Read mode
Impian Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul gelaran Masters Malaysia tidak kesampaian

Oleh Alief Iqbal Saidin - Mei 24, 2026 @ 6:12pm




Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani ketika menentang beregu Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard pada final Masters Malaysia 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD



KUALA LUMPUR: Impian beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menjulang gelaran Masters Malaysia 2026 tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada aksi final di Arena Unifi, Bukit Jalil, hari ini.

Keupayaan pasangan Denmark berkenaan membaca corak permainan Sze Fei-Nur Izzuddin menjadi faktor utama kekalahan beregu lelaki profesional negara itu.

Pasangan ranking ketujuh dunia itu terpaksa akur tewas 16-21, 7-21 kepada gandingan ranking ke-18 dunia berkenaan dalam tempoh 42 minit.

Kekalahan itu turut menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pasangan kembali seimbang 3-3.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang hadir ke final dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan pasangan nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di separuh akhir, bagaimanapun gagal menyaingi permainan kemas dan tersusun dipamerkan wakil Denmark itu.

Sejak awal permainan, Lundgaard-Vestergaard berjaya mengawal rentak perlawanan menerusi serangan agresif selain memaksa pasangan negara berada dalam keadaan tertekan.

Sze Fei mengakui pihak lawan tampil dengan persiapan rapi dan berjaya membaca corak permainan mereka sepanjang perlawanan.

"Saya rasa mereka memang sudah membaca permainan kami.

Kami pula lambat membuat perubahan dan itu menjadi salah satu puncanya," katanya selepas perlawanan.

Menurutnya, kelewatan melakukan penyesuaian taktikal menyebabkan mereka gagal keluar daripada tekanan yang diberikan pasangan Denmark berkenaan.

Nur Izzuddin pula mengakui lawan mereka berada pada tahap terbaik dan tidak memberi ruang untuk mereka menguasai perlawanan.

"Saya rasa pihak lawan bermain dengan sangat bagus hari ini.

Mereka memang memberi tekanan dari awal permainan hingga ke penghujung perlawanan," katanya.

Beliau turut melihat aspek servis dan penerimaan servis sebagai antara kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang kejohanan akan datang.

"Saya rasa dari segi servis dan menerima servis, itu bahagian yang kami perlu lakukan dengan lebih baik," katanya.

Pasangan negara itu kali terakhir meraih gelaran juara di Indonesia Masters pada Januari lalu dan kini dijangka kembali memberi tumpuan kepada Terbuka Singapura minggu depan.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/05/1563006/impian-sze-fei-nur-izzuddin-rangkul-gelaran-masters-malaysia-tidak





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.045009 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list