CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Spurs kekal, West Ham tersingkir

[Copy link]
Post time 25-5-2026 06:23 AM | Show all posts |Read mode
Spurs kekal, West Ham tersingkir

Oleh REUTERS - Mei 25, 2026 @ 1:36am




Joao Palhinha muncul wira apabila meledak gol kemenangan Spurs bagi menewaskan Everton. Foto REUTERS



LONDON: Tottenham Hotspur terselamat daripada penyingkiran Liga Perdan Inggeris selepas menewaskan Everton 1-0 dalam aksi terakhir musim, malam tadi.

Gol tunggal Joao Palhinha pada penghujung babak pertama memastikan Spurs kekal dalam liga utama itu sekali gus mengelak tersingkir buat kali pertama sejak 1977.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs menamatkan musim di tangga ke-17 dengan 41 mata, dua mata di depan seteru London, West Ham United yang tersingkir meskipun menang 3-0 ke atas Leeds United.

Spurs hanya memerlukan keputusan seri untuk kekal, namun kekalahan di laman sendiri berpotensi menghantar mereka ke divisyen bawahan susulan musim buruk yang menyaksikan mereka tewas 11 kali di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, jaringan Palhinha pada minit ke-43 memadam mimpi ngeri penyokong tuan rumah.

Kebangkitan Spurs turut dipacu pengurus baharu, Roberto De Zerbi yang berjaya mengubah nasib pasukan sejak mengambil alih kira-kira sebulan lalu ketika kelab berada dalam situasi kritikal.

Selepas mengharungi 10 minit masa kecederaan yang mendebarkan dengan setiap hantaran keluar diraikan penyokong, wisel penamat akhirnya disambut penuh kelegaan.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1563088/spurs-kekal-west-ham-tersingkir





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.614433 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list