Arsenal akhiri musim penuh bergaya
Oleh REUTERS - Mei 25, 2026 @ 1:13am

Pemain Arsenal meraikan kemenangan bersama penyokong selepas tamat perlawanan. Foto AFP
LONDON: Arsenal menutup kempen gemilang Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, sekali gus meraikan kejuaraan liga penuh bergaya.
Gol daripada Gabriel Jesus dan Noni Madueke memastikan Arsenal meraih kemenangan ke-26 musim ini, manakala Palace memperoleh gol menerusi tandukan Jean-Philippe Mateta.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu menamatkan musim dengan 85 mata, tujuh mata di depan pencabar terdekat, Manchester City yang tewas 1-2 kepada Aston Villa.
Dengan gelaran liga sudah disahkan lebih awal minggu ini, Arteta melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama bagi memberi rehat kepada beberapa tonggak menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain, Sabtu depan.
Sebelum sepak mula, pemain Palace turut memberikan penghormatan kepada juara baharu liga itu menerusi 'guard of honour' ketika pemain Arsenal memasuki padang.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1563083/arsenal-akhiri-musim-penuh-bergaya
|