CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2004|Reply: 27

[Tempatan] Pasangan Warga Emas Dicekup Hasil Aduan Awam ~ Syukur Lengkap Berpakaian

[Copy link]
Post time 24-5-2026 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

MELAKA – Sepasang warga emas berstatus duda dan janda berusia hampir 70 tahun dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Klebang di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Menurut sumber, serbuan dilakukan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIM kira-kira 12 tengah malam hasil maklumat dan aduan awam.

“Ketika serbuan, lelaki berusia 68 tahun yang bekerja sendiri dan wanita berusia 66 tahun yang tidak bekerja itu memberi alasan sedang dalam proses permohonan nikah.

“Pasangan terbabit yang masing-masing berstatus duda dan janda kemudian dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak.

Sementara itu, JAIM menegaskan, tindakan penguatkuasaan dijalankan bukan bertujuan membuka aib mana-mana pihak sebaliknya bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai batas pergaulan serta pematuhan hukum syarak. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2026 05:56 PM | Show all posts
Mereka kesunyian. Masalahnya asik nak syak keburukan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 06:58 PM | Show all posts
permudahkan je la urusan nikah mereka..
dah umur-umur gitu masing-masing sunyi nak berteman..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-5-2026 06:58 PM
permudahkan je la urusan nikah mereka..
dah umur-umur gitu masing-masing sunyi nak berteman..

Nikahkan le cepat2...aduhaiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
anak2 bising kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 08:31 AM | Show all posts
alamak

raya haji anak2 nak balik

caner nih



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2026 09:09 AM | Show all posts
Tidak padan dengan usia
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 09:40 AM | Show all posts
memalukan....tak sedar diri badan dah bau tanah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2026 12:13 PM | Show all posts
sibuk ja jiran2 ni, dia minta beras ko ka...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh!!! Atuk & nenek sapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 12:52 PM | Show all posts

Mungkinlah, anak2 bising tak beri kawin.
Kesian kat mereka, mereka kesunyian. Rasanya dlm unmur ni mereka lebih kepada nak ada teman untuk berbual dan kongsi masalah.k

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 12:54 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-5-2026 12:13 PM
sibuk ja jiran2 ni, dia minta beras ko ka...

itulah..jiran2 sibuk je. kesian malu kat mereka berdua dan keluarga mereka.
Takda ke ketua kampung datang and nasihatkan mereka terlebih dahulu!!! Ni terus panggil penguat kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 25-5-2026 01:38 PM
uda replied at 25-5-2026 12:54 PM
itulah..jiran2 sibuk je. kesian malu kat mereka berdua dan keluarga mereka.
Takda ke ketua kampung ...

Mungkin la opah ni dulu hot chick jaman bellbottom dulu & ketua kampong tekel tak dapat..  Dendam kesumat sampai ke tuwe.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 25-5-2026 12:52 PM
Mungkinlah, anak2 bising tak beri kawin.
Kesian kat mereka, mereka kesunyian. Rasanya dlm unmur n ...

ya tuan.. itu yg saya fikirkan... dah lama hidup berpasangan tetiba pasangan tiada... mereka hanya nk rakan bual/teman bicara.. seks tu bukan keutamaan...cuma x bagus la buat camni sebab jadi fitnah... just pandangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 25-5-2026 01:58 PM

Kawan sembang2 kot
tua2 x kuasa nak bagi makan pakai bini baru duit mana dah tua duit ngam2 utk pakai sendiri
Tua2 x kuasa mengadap pasangan kencing manis darah tinggi bedridden tukang tukar pampers
Tua2 x kuasa hadap anak2 dari family sana pindah rumah sana sedangkan rumah sendiri lagi best dan anak boleh datang tanpa dibayangi makpak tiri
Anak2 mungkin boikot parent jika kawen lain, ada org luar makpak tiri dan sibling tiri beraya bertandang x best
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2026 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 bukan anak tak bagi kawen sebab takut x dapat harta atau apa, cuma risau dengan orang tua. Macam kes bapak mertua adik aku.. anak2 dah isikan borang untuk nikah tapi pakcik tu lari malam2 gi rumah girlfriend. Bila diselilidik, duit simpanan dalam bank dari 80k tinggal 20k je. Yg lain dah bagi girlfriend untuk beli barang2 nak kawen katanya. tu baru kenal 3 bulan. Habistu bila duit dah habis, anak2 nak kena tanggung ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2026 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 26-5-2026 04:22 PM
Kadang2 bukan anak tak bagi kawen sebab takut x dapat harta atau apa, cuma risau dengan orang tua. M ...

Cuma nak tanya u..agaknya ayat apa perempuan tu guna ya sampai laki boleh susut duit drp 80k ke 20k je.

Ada kwn aku ni haa minta hutang 500 dgn bf sendiri pun dia x nak bg..bkn dia x berduit..setakat 100 dia blh bg..sometimes aku pelik cmne perempuan yg kdg belum jumpa walhal kenal dlm chat je boleh mtk duit senang2 je dgn laki..dpt lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 26-5-2026 08:22 AM
Kadang2 bukan anak tak bagi kawen sebab takut x dapat harta atau apa, cuma risau dengan orang tua. M ...

Girlfriend sama tua ke muda?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 25-5-2026 12:54 PM
itulah..jiran2 sibuk je. kesian malu kat mereka berdua dan keluarga mereka.
Takda ke ketua kampung ...

maybe dah byk kali la dorang duk berdua sampai tgh malam. kalau baru sekali, xkan la jiran2 gi report
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2026 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Gokuuu replied at 27-5-2026 12:35 AM
Cuma nak tanya u..agaknya ayat apa perempuan tu guna ya sampai laki boleh susut duit drp 80k ke 20 ...

Nyah la.. anak2 suspect ada ilmu. Sampai sanggup bergaduh dengan anak2. Sebelum ni jarang marah2 anak cucu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.284943 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list