CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 754|Reply: 7

[Tempatan] Isteri Hilang Tidak Pernah Keluar Rumah Lama2

[Copy link]
Post time 24-5-2026 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mahathirina at 24-5-2026 07:27 AM


Melaka: Seorang suami merayu kepulangan isterinya yang hilang selepas keluar membeli barang dapur di sebuah pasar raya di Taman Malim Jaya pada Khamis lalu.

Wanita berkenaan, Noraslina Abdul Manap, 40, kali terakhir dilihat meninggalkan kediaman di Rumah Pangsa Kampung Padang di Pokok Mangga, di sini, jam 4.40 petang pada 21 Mei lalu.

Mohamad Farouk Abdul Salam, 49, berkata, dia hanya menyedari kehilangan Noraslina selepas menghubungi isterinya sebaik tiba di rumah.

"Pada jam 6 petang, isteri masih belum pulang menyebabkan saya mula risau lalu cuba menghubunginya."

"Namun panggilan telefon tidak dapat disambung seperti telefonnya sudah dimatikan dan hingga kini dia masih gagal dikesan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, dia sudah berusaha mencari isterinya di rumah saudara-mara serta rakan terdekat namun gagal menemui wanita itu.

Katanya, laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Malim pada Jumaat lalu kerana bimbang keselamatan isterinya.

Menurutnya, Noraslina tidak pernah keluar rumah dalam tempoh lama tanpa memaklumkan kepada keluarga.

Dia berkata, dia tidak tahu punca kehilangan isterinya itu kerana sebelum kejadian tidak berlaku sebarang masalah antara mereka.

"Saya berharap isteri dapat pulang segera kerana kami sekeluarga sangat bimbang akan keselamatannya."

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan isteri saya boleh menghubungi talian 012-2372475 atau 010-6665354," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Senior Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan wanita terbabit.

Disiarkan pada: Mei 24, 2026 @ 11:34am

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2026 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba check cctv pasaraya tu...tapi taktahu lah pasaraya kt melaka..kedeks sgt tak pasang cctv
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist, u knew where she is all along sbb u yg letak dia kat situ.. Kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sungguh isteri memang hilang saya simpati laa
Takleh nk komen lebih lagi dengo nama suami mcm keturunan mamak/paki or belah2 sana.

Biasa kes gini ada plot berputar.
Apapun kita tunggu jelaa hasil siasatan pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 06:59 PM | Show all posts
dan dan je takde masalah..
entah bini dah pendam lama..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 24-5-2026 05:46 PM
Kalau sungguh isteri memang hilang saya simpati laa
Takleh nk komen lebih lagi dengo nama suami mcm ...

Ingatkan meols je terdetik kat hati ni bila baca nama suami tu harap2 takde la plot twist ke apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2026 04:11 PM | Show all posts
jangan eksiden masuk parit ke sungai dah la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 06:01 PM | Show all posts
nak tanya kat Melaka ni ramai Negro tak?

saje tanya, jgn pikir bukan2 nanti dosa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.067652 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list