CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 12

[Tempatan] Lagak macam ‘Datuk’, Vellfire dipandu lelaki Rohingya disita

[Copy link]
Post time 24-5-2026 01:41 AM | Show all posts |Read mode





Lagak macam ‘Datuk’, Vellfire dipandu lelaki Rohingya disitaTOYOTA Vellfire dipandu lelaki Rohingya pemegang kad UNHCR antara tujuh kenderaan mewah yang disita JPJ Melaka, kelmarin.

MELAKA – Seorang lelaki Rohingya pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terpaksa pulang berjalan kaki apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah Toyota Vellfire dipandunya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, kelmarin.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, Toyota Vellfire tersebut merupakan antara tujuh kenderaan mewah yang disita atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan itu.

“Kenderaan itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati pemandunya tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Pemandu tersebut juga merupakan lelaki Rohingya yang juga pemegang kad UNHCR,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Dalam operasi tersebut, antara kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh selain tidak memiliki perlindungan insurans.

“Kami ingin menegaskan bahawa pemilikan kenderaan mewah bukan ‘pasport kebal’ untuk melanggar undang-undang jalan raya.

“Sama ada memandu motosikal biasa atau Vellfire mewah, undang-undang tetap sama untuk semua dan kita akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang dipatuhi tanpa kompromi,” ujarnya.

Katanya, tindakan sitaan kenderaan terlibat dibuat mengikut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2026 01:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelarian pun mampu ada kereta vellfire kat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke ada org upah dia jd driver?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 10:07 AM | Show all posts
so far yang meols jumpa, kad unhcr diorang mesti letak DOB 1 Jan. Pastu bila tanya umur mesti tak tally dengan tahun kelahiran. Ada je yang beli kad tu, tu pun fotostat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2026 11:05 AM | Show all posts


AKTIVIS DAKWA DIKEP0NG ORANG KAMPUNG SELEPAS TERJAH KEDAI ROHINGYA


https://m.youtube.com/watch?v=BFKkcPIiwJw&ra=m
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2026 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire sewa ke tu .hasil mintak sedekah..tak padan dgn pelarian bangsa hanyut ni .berlagak pakai vellfire .
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
undang2 malaysia kalah ngan unhcr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2026 10:00 AM | Show all posts
jgn kecam nnt NGOk mrh, ni ank emas dorang.. kite ptot timang2 lambung2 dorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 11:15 AM | Show all posts
wau, pelarian boleh pakai Vellfire, tak kisahlah sewa ke beli ke..special lagi dengan tak ada lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2026 11:21 AM | Show all posts
Masih feeling ketuanan mulayu lagi..... Mangsa perang tersedeh dunia datang merempat dah berlagak samseng drive belpayer walau sekadar pinjam. Diri sendiri still b40.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 11:36 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 25-5-2026 10:00 AM
jgn kecam nnt NGOk mrh, ni ank emas dorang.. kite ptot timang2 lambung2 dorang ni..

Aiol trgelak bab "timang2 lmbung2" tu hahah
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2026 09:53 AM | Show all posts
Edited by malarky at 31-5-2026 09:55 AM
afie_m replied at 25-5-2026 11:15 AM
wau, pelarian boleh pakai Vellfire, tak kisahlah sewa ke beli ke..special lagi dengan tak ada lesen. ...

ada pernah terjadi di sebuah kondo di area taman desa, foreigner bawak kereta dok pusing2 kawasan aprtament, sekali tersondol deretan kereta  resident yang parking,  so residence termasuk owner kereta yang kena sondol, cekup la foreigner ni tanya dia ko mabuk ke ape, dan2 dia keluarkan kad UNCHR dia konon2 boleh lepas la, sekali salah sorang residence sound dia "what do you expect? you think we just let you go just like that? what kind a refugee drive a luxury car? do you even have driving licence? teruk juga la  foreigner tu kena tiau sambil kena cekak baju walaupun foreigner tu lebih tiggi dan tegap dari brader tu. dan kalau tak silap aku foreigner tu  pakai mercedes kot tak pun BMW ntak dah lama dah kejadian ni, tahun 2005 dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.070504 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list