CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 292|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] JDT, Kuching City buntu tanpa jaringan babak pertama

[Copy link]
Post time 23-5-2026 10:33 PM | Show all posts |Read mode
JDT, Kuching City buntu tanpa jaringan babak pertama

Oleh Zulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan - Mei 23, 2026 @ 10:04pm




Aksi separuh masa pertama final Piala Malaysia antara JDT (jersi biru merah) menentang Kuching City di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. – Foto NSTP/Raihana Mansor



KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City terikat tanpa jaringan selepas tamat babak pertama final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menampilkan aksi menarik namun ketumpulan penyudah serta ketangkasan penjaga gol menyaksikan perlawanan masih seimbang menjelang separuh masa kedua.

JDT cuba mengatur gerakan pantas menerusi sayap kanan yang dipacu Marcos Guilherme pada minit kelima, namun pertahanan Kuching City berjaya menutup ruang.

Penyandang juara sekali lagi mengancam pada minit ke-10 apabila hantaran lintang Oscar Arribas ditepis Haziq Nadzli sebelum bola muntah sampai kepada Bergson da Silva, namun percubaan jarak dekatnya dinafikan penjaga gol itu.


Stadium Nasional gamat pada minit ke-12 apabila rembatan Bergson menggegar gawang Kuching City, namun jaringan itu dibatalkan selepas dia terlebih dahulu mengasari pertahanan lawan ketika merampas bola.


Kuching City turut hampir membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi Ramadhan Saifullah Usman yang menyambut hantaran lintang Joao Pedro, namun tandukannya tersasar meskipun berada dalam posisi baik.

Ketangkasan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi memastikan gawang mereka terus kebal apabila menafikan percubaan jarak jauh Yuki Tanigawa pada minit ke-31.

Sepakan percuma pemain gantian JDT, Ager Aketxe yang menggantikan Manuel Hidalgo pada minit ke-37 mudah ditangkap Haziq, sebelum penjaga gol Kuching City itu menafikan dua percubaan berturut-turut daripada Nacho Mendez dan Bergson untuk memastikan kedudukan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1562686/jdt-kuching-city-buntu-tanpa-jaringan-babak-pertama






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2026 10:34 PM | Show all posts
Aksi separuh masa pertama final Piala Malaysia antara JDT (jersi biru merah) menentang Kuching City di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. – Foto NSTP/Raihana Mansor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.205430 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list