CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2322|Reply: 37

[Tempatan] Volkswagen Golf Lagi : Tertumus Belakang Treler Semasa Turun Genting { Bapa Seorang Mangsa = Peguam Kes Viral Hibah }

[Copy link]
Post time 23-5-2026 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 23-5-2026 08:30 PM



GOMBAK – Tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 34 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Pemangku Senior Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut sekitar pukul 2.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa menaiki sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dari arah Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur.

“Dipercayai kereta dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah treler yang sedang bergerak.

“Akibat kemalangan itu, tiga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Selayang manakala seorang lagi penumpang wanita mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat semua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Faizal Mohd di talian 019-2676097 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga lelaki maut, manakala seorang wanita parah selepas kereta yang dinaiki mereka melanggar belakang lori simen di Kilometer 34, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LPT) Karak menghala ibu negara berhampiran Kampung Sungai Chinchin di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.07 pagi. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2026 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun

Salah sorang tu anak loyer PS kan.. i dunno la terus teringat kes naya yg bapanya buat kt balu hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 23-5-2026 04:38 PM
Innalillahiwainnalillahirojiun

Salah sorang tu anak loyer PS kan.. i dunno la terus teringat kes n ...

Nayekan macamane sis?  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 23-5-2026 04:38 PM
Innalillahiwainnalillahirojiun

Salah sorang tu anak loyer PS kan.. i dunno la terus teringat kes n ...

Semalam iolss dengar berita,tapi tak perasan nama ayah arwah tu. Just dengar salah sorang tu, Timbalan KPN datang pengebumian dia. Pastu pak arwah tu Datuk.
Artikel ni pun takde sebut nama² arwah. Kena Google dulu. Rasanya betul kot salah sorang tu anak loyer
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 23-5-2026 05:17 PM
Semalam iolss dengar berita,tapi tak perasan nama ayah arwah tu. Just dengar salah sorang tu, Timb ...

anak lawyer akberdin tu kan… rasanya arwah yang gmbr tengah tgh tu anak dia. pastu yang cedera parah tu gf anak dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2026 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 23-5-2026 05:17 PM
Semalam iolss dengar berita,tapi tak perasan nama ayah arwah tu. Just dengar salah sorang tu, Timb ...

Salah sorang anak akberdin..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1562241/3-yang-maut-kemalangan-pagi-tadi-adalah-penuntut-uiam-gombak

Sini ada bagitau nama. Betul la tu anak loyer PS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2026 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanye.  Bersedare ke dengan polis pangkat besar tu?

  

https://www.instagram.com/reel/DYqRarxERmp/?igsh=NzZxbmFpcHY1N2s2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-5-2026 05:00 PM
Nayekan macamane sis?

Kes hibah takaful dicabar

Balu tu dh dpt 1 juta, keluarga suami cabar kt mahkamah sivil & cara keluarga suami menang tu maaf ckp, mmg jahat

Bila benda ni jd..mmg terus iols teringat kes tu. Iols cam lost respect dgn dia pasal kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainailaihirajiun.

Budak muda biasa bawak kereta laju. Awal pagi pulak tu jalan maybe nmpak kosong sekali ada lori.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 23-5-2026 06:53 PM
Kes hibah takaful dicabar

Balu tu dh dpt 1 juta, keluarga suami cabar kt mahkamah sivil & cara ke ...

Kes ni nokkss?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-5-2026 11:10 AM
Kes ni nokkss?

Masih nak contest lagi walaupun balu dan anak2 yatim YANG MASIH BERSEKOLAH dah menang:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-5-2026 07:10 PM
Kes ni nokkss?

Yazz..tq kasi up thread tu

Meols betul2 hilang respek kat dia..kalau lawyer non moslem tu lain citer a
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 09:34 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2026 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan sana kan ada lori slow ya amat naik turun bukit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2026 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ahhh lawyer ni.. byk kes² sensasi dia amik. tp ada jugek yg kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 07:08 PM | Show all posts
last yr or 2 yrs back cucu dia meninggal freak accident kene hempap pagar rumah or something...innalillahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 07:08 PM | Show all posts
jangan cakap lelebih kang kena saman pulak..
maklum la lawyer tersohor...
hibah pun boleh dicabar inikan pulak komen forumer
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
liesa10987 replied at 24-5-2026 07:08 PM
last yr or 2 yrs back cucu dia meninggal freak accident kene hempap pagar rumah or something...innal ...

Erkk seram betol, ni anak pulak aduii.
Mohon budak yuyaia amik pengajaran, jgn rajin sangat naik lepak genting pepagi buta. Dulu ada jugak kes budak aikol accident malam2 merayu dekat fellow jgn bagi tau parents
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.266893 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list