CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 242|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Wan Arif-Roy King wakil pertama negara ke separuh akhir

[Copy link]
Post time 22-5-2026 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Wan Arif-Roy King wakil pertama negara ke separuh akhir

Oleh Helmi Talkah - Mei 22, 2026 @ 12:08pm





Beregu lelaki negara, Wan Arif dan Roy King (kiri) ketika menentang beregu lelaki Amerika Syarikat pada pusingan suku akhir Kejohanan Masters Malaysia 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD



KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King muncul wakil pertama Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Masters Malaysia selepas mengetepikan cabaran pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-16 dunia itu mempamerkan aksi cukup meyakinkan termasuk bangkit selepas ketinggalan pada set kedua sebelum mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-19 dalam tempoh 33 minit pada aksi suku akhir di Arena Unifi, Bukit Jalil.

Kemenangan itu turut membolehkan Wan Arif-Roy King mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pasangan ranking ke-27 dunia berkenaan dengan rekod pertemuan kini memihak mereka 3-0.

Lebih manis, kejayaan berkenaan menamatkan penantian panjang pasangan negara itu untuk kembali melangkah ke separuh akhir kejohanan bertaraf Super 500 ke atas selain mengulangi pencapaian yang pernah dilakar dalam kejohanan sama dua tahun lalu.

Pasangan negara itu kini hanya selangkah untuk melakar penampilan sulung di final kejohanan Super 500 musim ini.

Mereka akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard atau pilihan kedua dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi bagi perebutan tiket ke final, esok.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/05/1562102/wan-arif-roy-king-wakil-pertama-negara-ke-separuh-akhir





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055191 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list