CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 816|Reply: 11

Jangan parkir, kami mahu berniaga di sini – Warga asing

[Copy link]
Post time 21-5-2026 05:58 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Orang ramai mempersoalkan tindakan segelintir warga asing menghalang penggunaan tapak parkir di pusat bandar Kuala Lumpur terutamanya sekitar Chow Kit, Medan Tuanku, Lebuh Pasar serta Bukit Bintang.

Ini kerana dakwa pengguna ada sebahagian kawasan parkir tersebut telah ‘dijajah’ oleh warga asing sebagai tapak untuk mereka berniaga.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Nr_dam berkata, dia terkilan apabila telah dihalang untuk meletakkan kenderaan ruang parkir yang disediakan pihak berkuasa.

“Nak tanya warga Kuala Lumpur, saya tak pandai baca atau warga Indonesia yang berniaga di kaki lima ini yang tidak tahu peraturan. Setahu saya tapak parkir kuning yang disediakan untuk parkir kereta berbayar dan bukan tempat berniaga, betul tak?

“Kejadian ini baru terjadi kepada saya kira-kira pukul 2.30 petang tadi (semalam) apabila seorang warga Indonesia yang berniaga mengarahkan saya untuk jangan parking bermula pukul 6 petang ke atas kerana mereka nak buka meja di tapak parkir kuning, betul ke?,” soal individu tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak memberikan secara terperinci kawasan tersebut namun difahamkan kejadian berlaku semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas warga asing tersebut.

“@imigresen_selangor @kesatuanimigresen boleh tolong buat penangkapan di sini? kata orang kat sini dah banyak kali buat tapi tetap ada, kenapa ye?,” kata @Quail.5642595.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aisah_bee.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), jangan tunggu orang buat aduan baru nak bertindak. Pantau setiap masa tempat-tempat yang menjadi ‘port’ warga asing berniaga,” tulisnya.

Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2026 06:08 PM | Show all posts
Mempersoalkan, terkilan, dihalang, dijajah..........

Boleh tak tukar perkataan di atas tu kepada jelingan,  makian, bagi penampor, halau balik warga asing tu semua. Negara lain mana ada ini macam.

Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko try sembang dgn indon2 meniaga tepi jalan. Penguatkuasa xkacau ke? Majority akan jwb bg duit kat penguatkuasa then dorg xkacau. Sebab tu xselesai2 kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa kt chow kit tu...sebelah ada jab bomba kot

Bersusun kedai haram..siapa yang support? Org kita..yang penguatkuasa tak nampak ke buta? Makan rasuah sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
patut la belambak yg dtg sini
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 05:38 AM | Show all posts
masalahnya bermula bila ada yang gelap mata dan sanggup membelot dari dalam..

rasuah itu barah.. hukum gantung sebelum jadi lagi parah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2026 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau sultan masuk campur mcm kes elektrik kat Pahang tu baru tercirit pihak2 yg menyeleweng kuasa.

Kat Mall lot2 berniaga dlm Mall jgn. x tahu indon mampu jd boss . Ni bukan fitnah ya..aku sendiri baik dgn indon tu tiap hari aku sembang tanya, boss mana? Satu bulan.sewa brp ribu? Rupa rupanya dia sendiri boss..tp tula..yg ni x de pulak aku rasa dengki sb usaha dia sendiri, x mengganggu org pun..dia mampu dapat income lebih 15k monthly....

Mcm kes parking ni pihak authority mmg bodoh..menyalah guna tempat, menyusahkan rakyat local...membenarkan warga asing sewemang2nya berbuat salah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 22-5-2026 08:46 AM

Kat mall nyanyi kugiran la pakai sarung maskot la, mall dan kedai diputar lagu indonesia, kedai2 makan menu geprek gebus penyet bakso, kalau ada perumahan baru siap dah pacak booking tempat utk stall jual sarap pisang goreng air balang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2026 10:28 AM | Show all posts
amboi byk cnatik
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 10:37 AM | Show all posts
clueless_gamer replied at 22-5-2026 05:38 AM
masalahnya bermula bila ada yang gelap mata dan sanggup membelot dari dalam..

rasuah itu barah.. h ...

ini betul... yg rasis akan tunding kat peniaga bangsa lain yang buka meja at parking lot tapi tak kena kacau..sebab dah bayar penguasa.. tapi lupa pulak yg terima rasuah tu bangsa & agama apa. dah tau kan rasuah tu haram...tapi tetap nak terima, lepas tu salahkan bangsa lain yg menberi.. ehh play victim pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 10:38 AM | Show all posts
parking kereta dah la limited, buka pula gerai, letak meja makan, motor pun sibuk nak parking tempat kereta.. grab pun bersusun masuk parking kereta. benci betul dgn golongan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2026 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg sapot dorang niaga pun korang gak
Sikit2 nak kesian ngn warga asing
Kesianlaa dorang dahla takleh meniaga
Kerja F&B pun tak boleh
Abis nak keje apa?
Maksudnya dorang memang tak diperlukanlah keje la sektor lain yg memerlukan warga asing atau tak perlu berpusu2 ke tanah air ni
Niat memasing bkn takat nk cari rezeki je kat sini tapi nak cari laki dan membiak sekali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.475769 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list