|
View: 414|Reply: 0
|
[Jenayah]
Ketua Polis Daerah di Sarawak disiasat lakukan gangguan seksual terhadap anggotanya
[Copy link]
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Polis menyiasat dakwaan terhadap seorang Ketua Polis Daerah di Sarawak yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang anggotanya.
Difahamkan, laporan polis sudah dibuat semalam oleh anggota polis wanita itu yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pegawai terbabit beberapa kali.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ada menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan" katanya ringkas ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sejak bulan lalu selepas mangsa ditugaskan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri terbabit.
Anggota wanita itu juga mendakwa diajak ke kediaman pegawai terbabit dan menjadi mangsa gangguan seksual malah kejadian itu turut berlaku di tempat kerja. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|