CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1710|Reply: 56

Rafizi Ramli, Nik Nazmi hantar surat peletakan jawatan Ahli Parlimen kepada Speaker

[Copy link]
Post time 18-5-2026 05:33 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, memaklumkan peletakan jawatan mereka masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa.

Rafizi dan Nik Nazmi dalam satu kenyataan bersama berkata, pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat berikutan hasrat mereka berdua untuk meneroka hala tuju politik baharu.

Dengan pengosongan kerusi itu, mereka menegaskan akan kembali bertanding di Parlimen sama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun kali ini berbeza di bawah Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) bukannya Pakatan Harapan (PH).

"Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.

"Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket PH pada PRU yang lalu.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.

"usat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi," kata mereka dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Nik Nazmi hari ini.

Dalam hantaran sama, Nik Nazmi turut memuatnaik surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Rakyat yang dihantar ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, bertarikh 18 Mei 2026.

Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi umum keluar dari PKR dan akan menyertai BERSAMA esok.

Berikutan itu, PKR menggugurkan keanggotaan Rafizi dan Nik Nazmi mereka mengisytiharkan keluar parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas menerima hasrat keluar parti daripada bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden itu.

Sementara itu, Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat sebentar tadi mengesahkan pihaknya menerima notis peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen daripada Rafizi dan Nik Nazmi.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2026 05:46 PM | Show all posts
Apa makna logo sang kancil ni?
Macam tak tahan lama je logo ni. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau tu kuat sentap esok2 gaduh lak dgn nik nazmi ni, kau burukkan kan dia pula. Nak jadi boss je nak org dengar ckp dia je.  Hari tu kalah terus letak jawatan menteri ekonomi, merajuk.  Kata kalau dah kalah makna x de mandat dah.  Apa ke maknanya tu kau koyak le tak de org nak dgr ckp kau dah.  So, thanks but no thanks le piji.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 07:01 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 18-5-2026 07:02 PM
silance replied at 18-5-2026 05:46 PM
Apa makna logo sang kancil ni?
Macam tak tahan lama je logo ni. Hehehe
Kenapa Kancil?
Malaysia adalah sebuah negara bersaiz kecil tetapi berpotensi besar di persada dunia. Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara besar yang ada pengaruh dan tekanan. Malaysia perlu menjadi seperti kancil, yang pandai menggunakan akal dan bijaksana menangani konflik.

Kebijaksanaan Mengatasi Kekerasan

Kekuatan sinonim dengan kuasa. Lebih kuat, lebih berkuasa. Hukum rimba menjadikan yang kuat itu berkuasa, lalu menindas yang lebih kecil. Tetapi yang kecil itu lebih ramai di rimba. Jadilah seperti kancil. Walaupun kecil, kancil mengatasi kekuatan buaya melalui kebijaksanaan.

Bijak, Berani, Tangkas

Kancil adalah simbol potensi generasi masa depan. Rakyat dan anak muda yang bijak, berani dan tangkas akan melunturkan kuasa sang buaya yang telah lama berkuasa. Masa depan rakyat dan negara adalah di tangan kancil-kancil kecil dalam masyarakat, bukannya buaya-buaya yang leka menunggu habuan.


dulu atok saka pun prnah perlekeh keadilan tak lama.ujung2 dia jadi pm7 pun atas tiket logo parti mata lebam.parti ni bukan  parti baru..dia ambil alih parti yg dah tertubuh.logo lama parti tu lagi sedehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 07:07 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 18-5-2026 07:09 PM

aku setuju gak la ada penganalisa kata dia takde jentera akar umbi.dia boleh ada data seberapa byk yg accurate,naratif di sosial media tapi kalo takde jentera mmg susah nak menang. pkr menang masa 2018 tu   jentera dah besar dan stabil.sementara yg sblm2 tu dari 2008 menumpang  jentera dan  kerjasama dgn pas,dap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 18-5-2026 07:01 PM
dulu atok saka pun prnah perlekeh keadilan tak lama.ujung2 dia jadi pm7 pun atas tiket logo parti ...

Derang ni kira lompat parti ke camne since resigned dr one parti lepas tu masuk parti lain.  Banyak lak duit derang nak byr.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2026 07:25 PM | Show all posts
Samerosie replied at 18-5-2026 07:12 PM
Derang ni kira lompat parti ke camne since resigned dr one parti lepas tu masuk parti lain.  Banya ...

skrg ni pkr claim yg diorg keluar parti sblm resign.maksudnya kalo resign x apply bon 10 juta?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 08:37 PM | Show all posts
rafizi dah keluar pkr rupanya... ..semakin menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2026 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pejuang2 reformasi satu persatu tinggalkan beliau.. azmin, azam kotak, arwah khalid ibrahim, lawyer zulkifli nordin, tian chua.. terkini rafizi.. dan kalau korang perasan, pejuang imam mekdi anti vaksin anti digital id pon dah senyap

Tinggal yang blur2 clueless, ahli lgtv dan yang ada agenda lain je yang masih mensokong
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
yg masih sokong bang non skrg ni geng2 pelangi je
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak laaa parti kancil...tp confirm ahli pkr yang muak dgn non kunyit akan join.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 19-5-2026 06:02 AM
yg masih sokong bang non skrg ni geng2 pelangi je

Siti Kasim kira geng pelangi x??... Rasanya dia pun dok hentam Bangnon jer manjang....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 08:55 AM | Show all posts
Begitulah politik di Malaysia. Tak puas hati nanti keluar masuk parti baru atau tubuh parti baru. Semua parti nampak muka-muka itu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 09:30 AM | Show all posts
Raja formula dah keluar parti maknanya formula dia tak menjadi le tew.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck RR & NN.

Semoga berjaya membawa wadah dan muka baharu dlm politik negara. Cuma dunia ni bukan mutlak black and white. Ada yg grey area yg perlu compromise.

Awak berdua muda lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 10:23 AM | Show all posts
pecah undi orang Melayu untung DAP, undi solid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2026 11:11 AM | Show all posts
RR ni sejarah merajuk dia banyak kali..... tak kena dgn dia, merajuk...kritik...kepala masing di minda pembangkang..dia suka membangkang sebab senang cakap...sebab tu jadi menteri dulu, dia sedar benda dia kritik banyak red tape kalau nak impliment...

red tape geopolitik, red tape peruntukan, red tape perkauman...


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 11:23 AM | Show all posts
2 kerusi dah kosong. Semoga tak ada yang cuba tebuk atap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 11:24 AM | Show all posts
Logo dia lawa walau nama parti boleh buat ayat jadi tonggang-langgang contoh:

1. Semalam Rafizi Ramli bersama Nik Nazmi telah menyertai Bersama.

2. Sepuluh anggota Bersama telah menyertai korban bersama2 dengan semua ahli bersatu.



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2026 11:48 AM | Show all posts
mari la sama sama kita sokong PMX yang kita sayangi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056187 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list