CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 844|Reply: 14

[Tempatan] Ejen hartanah ditahan kes tikam wanita di Kepala Batas

[Copy link]
Post time 18-5-2026 11:37 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR, 18 Mei- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tikam seorang wanita di hadapan sebuah restoran bistro di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas dekat sini, dalam tempoh kurang lima jam selepas kejadian pada malam Ahad.
RINGKASAN BERITA AI−
  • Suspek, 32, ejen hartanah, ditahan di kawasan masjid Taman Uda kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian
  • Mangsa, 35, jurutaip surat menyurat, dipercayai ditikam di leher kanan ketika berada dalam keretanya bersama suspek
  • Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa di tempat pemandu dan suspek di tempat penumpang sebelum tikaman
  • Mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dalam keadaan stabil; motif masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 326



Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali berkata suspek berusia 32 tahun yang bekerja sebagai ejen hartanah itu ditahan di kawasan masjid Taman Uda, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 1.50 pagi tadi.
Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar pagi ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.19 malam, mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai jurutaip surat menyurat di sebuah pejabat tanah di Alor Setar dipercayai ditikam di bahagian leher kanan ketika berada di dalam kereta miliknya bersama suspek.
Syed Basri berkata siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa yang berada di tempat duduk pemandu dan suspek yang duduk di bahagian hadapan sebelah penumpang sebelum lelaki itu dipercayai bertindak menikam mangsa menggunakan senjata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2026 11:41 AM | Show all posts
tadi ada yg tanya pasal kes ni. nah sis bukakkan tred
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 18-5-2026 12:02 PM

Betul ke dia tikam pakai pen je
Apa yg ada la kot ek, asal jd
Abis la ko Muhamad Ilhami
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 12:15 PM | Show all posts
jahatnya lelaki2 kat malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 12:19 PM | Show all posts
sukacactus replied at 18-5-2026 12:00 PM
Betul ke dia tikam pakai pen je
Apa yg ada la kot ek, asal jd
Abis la ko Muhamad Ilhami

Iya. Sesuatu yang macam pen ataupun memang betul2 pen.

Sebab nampak luka dekat leher tu bentuk bulat, bukan memanjang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm hang baran sgt sbb dia xmau tipu dokumen ka hanat??...
Barua ni lepas sbb dulu ada kes tikam gf tp gf tarik report.
Bebai aku baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2026 01:21 PM | Show all posts
Ai_kiu replied at 18-5-2026 12:55 PM
Hmmm hang baran sgt sbb dia xmau tipu dokumen ka hanat??...
Barua ni lepas sbb dulu ada kes tikam g ...

sblm ni penah direport ke? kalau gf dia masih bersama i is speechless.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 18-5-2026 01:21 PM
sblm ni penah direport ke? kalau gf dia masih bersama i is speechless.

Mangsa lain2 rasanya sebab tgk kan pic masa yg kes mula2 tu takde la gedempol mcm skrg
Byk tahun dah la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2026 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Agent hartanah & pekerja pejabat tanah apa diskus sampai gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 18-5-2026 01:21 PM
sblm ni penah direport ke? kalau gf dia masih bersama i is speechless.

Org ckp pernah kena report dgn ex gf tahun² sudah tp tarik balik lak report nyer. Hampehhh
Ex gf dah kawen dgn org lain beranak pinak pun.
Tp naya la pompuan lain plak kena tikam kat leher dgn musibat ni.
Nk lawan pun xdaya dgn si gundut ni naseb baiklah ramai org kat situ boleh dtg tolong
Mental la rasanya mamat giler ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedara mara kerabat ke.. pej tanah situ kalau kerani ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 03:26 PM | Show all posts
sukacactus replied at 18-5-2026 01:43 PM
Mangsa lain2 rasanya sebab tgk kan pic masa yg kes mula2 tu takde la gedempol mcm skrg
Byk tahun d ...

ok faham2...yg kerani ni hubungan GF juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 03:27 PM | Show all posts
Ai_kiu replied at 18-5-2026 02:29 PM
Org ckp pernah kena report dgn ex gf tahun² sudah tp tarik balik lak report nyer. Hampehhh
Ex gf  ...

ok tenkiu2 tlg suapkan.
org lelaki ni mentang2 la physical kuat... sian kaum wanita
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 18-5-2026 03:26 PM
ok faham2...yg kerani ni hubungan GF juga ke?

Katanya gf, sama2 property agent
Waktu yg lelaki tu sampai situ, yg pompuan tu tgh ckp dgn laki lain - budak grab hantar barang utk surprise bday bf tu le jg
So kes cemburu buta la ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pun benang ni,mcm² speku dh dgr ni. Polis dh bgtau motif ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.929589 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list