|
View: 628|Reply: 6
|
Peniaga Pasar Borong Kuala Lumpur tawar harga murah, tapi tipu timbang
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Segelintir peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, masih ‘berdegil’ apabila dikesan melakukan pelbagai ketidakpatuhan membabitkan penggunaan alat timbang dan sukat.
Perkara itu dikesan susulan operasi bersepadu Op Embun 2.0 dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur.
Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd. Sabri Seman berkata, sebanyak 382 pemeriksaan dijalankan dengan 18 kesalahan dikesan sepanjang operasi yang bermula kira-kira pukul 1 pagi.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 16 kes diambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 manakala dua lagi kes membabitkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan nilai kompaun keseluruhan RM5,600.
“Peniaga yang degil ini sering melakukan manipulasi harga bila tidak sahkan alat timbang dan sukat. Ada yang dipercayai meletakkan harga murah daripada pesaing, namun sebenarnya bila timbang, barang jadi lebih berat daripada yang sepatutnya,” katanya selepas meninjau Op Embun 2.0 di Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Dalam pada itu, beliau berkata, dua kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melibatkan dua gerai makan yang gagal mempamerkan harga serta menu dengan jelas selain memberikan pelbagai alasan termasuk mendakwa terlupa berbuat demikian.
“Mereka beri pelbagai alasan yang pada kita sukar diterima. Ada yang kata terlupa dan sebagainya. Rata-rata peniaga di sini telah berniaga lebih daripada enam tahun. Saya percaya khususnya di Kuala Lumpur, tiada peniaga yang tidak tahu mengenai undang-undang,” ujarnya.
Mohd. Sabri berkata, berdasarkan perbandingan dengan Op Embun sebelum ini, jumlah ketidakpatuhan dikesan menunjukkan penurunan apabila operasi terdahulu merekodkan 26 kes berbanding hanya 18 kes kali ini.
Beliau berkata, semua peniaga diwajibkan memastikan alat timbang dan sukat digunakan berada dalam keadaan baik, tepat serta telah ditentusah.
Tambahnya, pihak KPDN bersama Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. (MCM) sebelum ini juga telah mengadakan perkhidmatan khas menentusah alat timbang dan sukat di Pasar Borong Kuala Lumpur pada 1 dan 22 April lalu.
“Jadi malam ini kita memastikan penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya tanpa kompromi. KPDN juga ingin memberi peringatan tegas kepada semua peniaga supaya mematuhi segala peraturan ditetapkan kerajaan dan KPDN khususnya berkaitan penggunaan alat timbang dan sukat yang sah serta masih dalam tempoh valid,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasar Chow Kit pun sama. Masih guna timbang yg lama. Bukan yg digital. Kalau beli Sekilo contohnya, balik timbang semula selalunya 800gm - 850gm. Mcm mana diaorg adjust bila timbang nampak sekilo padahal tak sampai. Udang dengan sotong biasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
penimbang sepatutnya ada tombol untuk tune ukuran penimbang. mungkin julatnya sekitar plus minus setengah kilo. memang godaan betul jd peniaga bila mudah shj nak buat.... kerajaan cubalah hantar penyiasat mnenyamar setiap hari, siapa kena hukumlah..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apsal aku rasa mcm pelik, dah kalau penimbang diubah, patut bila tambang balik barang tu lebih ringan lah.... Kalau lebih berat rugi lah peniaga tu, dh la harga murah, timbang plak lg berat...
.....
Ada yang dipercayai meletakkan harga murah daripada pesaing, namun sebenarnya bila timbang, barang jadi lebih berat daripada yang sepatutnya, |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu boleh tengok ramai bangsa cina lg byk membeli di pasaraya atau mini market yg ada jual brg basah ni. Diarg sendiri tak percaya dgn peniaga2 di pasar2 borong gini walaupun kebanyakan yg berniaga kat situ bangsa diarg sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu sbb meolls tak suka pegi pasar basah meolls rela pegi Aeon sambil shopping sambil kutip points yaachh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
takutlah sebab tak jujur pada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|