CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 520|Reply: 1

‘Dahulu mereka tak mahu bincang dalam bahasa Melayu, sekarang sudah boleh’ - Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 16-5-2026 03:09 PM | Show all posts |Read mode






IPOH – Perubahan sikap ditunjukkan pemimpin-pemimpin guru sekolah persendirian Cina dalam tempoh 40 tahun membolehkan kerajaan membuat keputusan berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan kira-kira 40 tahun lalu, pemimpin-pemimpin guru sekolah persendirian Cina mengambil sikap enggan berbahasa Melayu sewaktu mengadakan perbincangan dengannya.


Beliau berkata, pihak kerajaan menghadapi kesukaran untuk memberikan ruang kepada pihak berkenaan kerana pada masa itu sekolah-sekolah Cina terpisah langsung dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


“Menerusi beberapa pertemuan dengan saya, pemimpin-pemimpin guru tersebut enggan berbicara sepatah pun dalam bahasa Melayu. Saya bersabar dan mendengar Ketua Pengarah Pendidikan masa itu, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berbisik kepada saya, Anwar minta maaf, saya terpaksa keluar dari majlis ini, saya tidak dapat tahan sikap sedemikian,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 Tahun 2026 di Hotel Casuarina@Meru di sini, hari ini.


Anwar berkata, perkara itu bagaimanapun bukan lagi menjadi satu isu memandangkan golongan berkenaan telah menunjukkan perubahan sikap.


“Demikian pertembungan antara sekolah persendirian Cina dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Itu 40 puluh tahun lalu, sekarang semua orang persatuan bercakap dalam bahasa Melayu,” katanya.


Beliau berkata, sekolah-sekolah Cina tersebut lebih 80 peratus daripadanya yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


“KIta luluskan peraturan ini, kita tetapkan syarat mesti lulus ataupun kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mereka mendapatkan ruang pergi ke universiti. Jadi (syarat itu) terpakai untuk semua,” katanya yang turut memberitahu ia merangkumi sekolah antarabangsa, maahad tahfiz dan Arab.


Pada masa sama, Anwar berkata, biarpun kerajaan mengambil pendekatan bertolak ansur, ia tidak melibatkan aspek penguatkuasaan bahasa Melayu lebih-lebih bagi warganegara Malaysia.


“Mahu menjadi rakyat Malaysia, mesti faham sejarah kita, perlembagaan negara, sejarah kemerdekaan, sejarah perjuangan yang lalu, pertempuran terhadap penjajah Inggeris, Belanda dan Portugis sebelum ini. Sekali lagi mesti mengetahui,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2026 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya deme samakan UEC dgn kelayakan pra-uni ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 04:51 PM GMT+8 , Processed in 1.202298 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list