CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 4

Bergelut dengan buruh Bangladesh lepas penyamaran sebagai pegawai Imigresen terbongkar

[Copy link]
Post time 16-5-2026 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Buruh binaan Bangladesh (kiri) dan suspek menyamar pegawai JIM yang cedera akibat pergelutan dibawa untuk menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.





MARANG – Perbuatan tiga lelaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai untuk memeras ugut sekumpulan buruh binaan warga Bangladesh membawa padah apabila dua daripada mereka yang merupakan adik-beradik diberkas polis di Kampung Surau Haji Yaakob, di sini hari ini.


Kejadian bermula pada pukul 11.30 malam tadi itu turut menyebabkan dua suspek berusia 29 dan 36 tahun serta buruh binaan warga asing terbabit cedera akibat pergelutan menggunakan parang.


Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, seorang lagi suspek yang merupakan tukang cat berusia 38 tahun sedang diburu selepas berjaya melarikan diri.


“Dua daripada tiga suspek tersebut menyerbu sebuah tapak pembinaan bango di lokasi kejadian dengan memperkenalkan diri kononnya pegawai JIM. Mereka mengarahkan sekumpulan buruh binaan warga Bangladesh menyerahkan pasport masing-masing kononnya untuk pemeriksaan.


“Salah seorang pekerja warga asing itu yang curiga enggan mematuhinya dan mengajak rakan-rakannya melawan sebaik diminta menyerahkan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2026 05:47 PM | Show all posts
“Salah seorang pekerja warga asing itu yang curiga enggan mematuhinya dan mengajak rakan-rakannya melawan sebaik diminta menyerahkan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Adakah para ini memberi gambaran bahawa..............................................................
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 06:04 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-5-2026 02:13 AM

Jikalau mereka masuk hospital dan ....... sekali dengan tilam bantal semua nak bawa balik  



https://www.facebook.com/share/r/1B6kdcYMZv/?mibextid=wwXIfr



https://www.facebook.com/share/r/1B6kdcYMZv/?mibextid=wwXIfrhttps://www.facebook.com/share/r/1B6kdcYMZv/?mibextid=wwXIfr
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 01:05 PM | Show all posts
Tahniah abangla tolong tangkap setan ni. Harap kerajaan pertimbang bagi pingat gagah berani.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh sesama dia cari makan macam ni. Anat tul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:37 PM GMT+8 , Processed in 1.496524 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list