CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 4

[Tempatan] Guru Jadi Jutawan Di Hari Guru -> Beribu2 Tahniah!!!

[Copy link]
Post time 15-5-2026 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


IPOH – Sambutan Hari Guru tahun ini membawa tuah luar biasa buat seorang guru sejarah apabila dinobatkan sebagai jutawan selepas memenangi RM1 juta menerusi Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) bulanan ke-123 sekali gus menjadi hadiah paling bermakna sepanjang 32 tahun perkhidmatannya.

M. Munisuaran, 56, berkata, beliau tidak menyangka amalan menyimpan sejak zaman universitinya pada 1990 menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Katanya, tabiat menyimpan itu bermula secara kecil-kecilan sebelum diteruskan secara konsisten sebagai satu disiplin diri.

“Saya mula simpan sedikit demi sedikit, mungkin sekitar 0.5 hingga satu peratus daripada gaji. Saya jadikan ia sebagai satu disiplin dan tidak akan keluarkan kecuali keadaan betul-betul terdesak,” katanya kepada pada sidang akhbar jutawan BSN SSP ke-123 di Kinta Riverfront Hotel di sini hari ini.

Menurut beliau, simpanan tersebut disasarkan untuk jangka panjang sehingga 30 tahun sebagai persediaan hari tua.

“Simpanan ini untuk masa depan. Walaupun ada KWSP, saya tetap mahu ada simpanan tambahan,” katanya.

Munisuaran berkata, amalan itu turut diterapkan kepada keempat-empat anaknya sejak kecil sebagai dana pendidikan.

Ujarnya, pendekatan tersebut memberi manfaat apabila simpanan berkenaan digunakan untuk menampung keperluan anak-anak ketika di universiti.

Sementara itu, Munisuaran berkata, dorongan seorang pegawai bank yang sentiasa berkongsi maklumat dan menggalakkan budaya menyimpan turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan konsistensi simpanannya.

“Saya macam tak percaya. Berjam-jam, malah sehari dua saya tertanya-tanya sama ada ini realiti atau tidak,” katanya.

Walaupun pernah memasang impian untuk memiliki kereta, beliau memilih untuk tidak berbuat demikian sebaliknya meneruskan simpanan demi masa depan.

“Saya tidak akan beli kereta, saya akan terus simpan dengan BSN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai menjadikan simpanan sebagai satu amalan berterusan kerana selain pulangan, ia turut membuka peluang kepada rezeki tambahan.

“Kalau simpanan biasa kita dapat dividen, tetapi simpanan seperti ini ada kelebihan tambahan. Kalau ada rezeki, itu bonus. Kalau tidak, simpanan tetap selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2026 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts

https://youtu.be/1eA8nqCpXB4?si=VfZX1EkywmUQUojk
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
borne replied at 15-5-2026 08:32 PM
https://youtu.be/1eA8nqCpXB4?si=VfZX1EkywmUQUojk

Kelakar pulak dengar lagu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2026 01:23 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 15-5-2026 09:11 PM
Kelakar pulak dengar lagu ni

"Vatekel2.."
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis la saudara-mara nanti mintak pinjam duit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.508735 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list