CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1534|Reply: 20

Mana kau pergi Nurin? Pulanglah demi ibumu...

[Copy link]
Post time 15-5-2026 11:08 AM | Show all posts |Read mode





Putrajaya: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang sejak enam hari lalu selepas kali terakhir dilihat berada di Blok 4, Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Larai, Presint 16, di sini.

Pelajar Tingkatan Satu, Nurin Nadhirah Barman, 13, dilaporkan hilang pada jam 9 malam, 9 Mei lalu.

Ibunya yang juga kakitangan kerajaan, Nurul Insyirah Mohd Ishah berkata, sebelum kejadian, dia ada menegur Nurin berhubung penggunaan telefon pintar sebelum remaja itu merajuk dan keluar dari rumah.

Menurutnya, Nurin pernah keluar rumah selama beberapa hari sebelum ini dan pulang semula, namun kehilangan kali ini menimbulkan kebimbangan keluarga.

Dia yang juga ibu tunggal berkata, Nurin adalah anak tunggal dan dijaganya sejak berpisah dengan suami beberapa tahun lalu.

Katanya, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 11 Mei lalu dan berharap anaknya segera pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.

"Saya berharap orang ramai yang mengetahui keberadaan Nurin segera menghubungi kami kerana dia masih di bawah umur dan memerlukan perhatian keluarga," katanya ketika dihubungi.

Menurut hebahan yang tular di media sosial, remaja itu mempunyai ciri-ciri berbadan gempal, berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berkulit sawo matang dan berambut panjang.

Difahamkan, kali terakhir Nurin dilihat memakai baju lengan panjang berwarna cerah serta seluar hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Nurin diminta menghubungi ibunya, Nurul di talian 017-240 8249 bagi membantu usaha mengesannya.

Keluarga mangsa turut memohon kerjasama orang ramai untuk menyebarkan maklumat kehilangan itu supaya remaja berkenaan dapat ditemui dalam keadaan selamat.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2026 11:24 AM | Show all posts
Ya Allah...
wahai anak...bertimbang rasa lah dgn ibu kamu...
dia menegur untuk kebaikan kamu...
semoga anaknya pulang dgn selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 12:12 PM | Show all posts
tu gambar anak or gambar mak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh enam hari x balik umah,mana budak ni pegi,harap2 dh viral ni ko balik la umah dik,sekarang ni banyak kes jenayah,dok umah sndri pon x selamat lagi2 lah menumpang umah org...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 12:54 PM | Show all posts
midori888 replied at 15-5-2026 12:12 PM
tu gambar anak or gambar mak dia?

masa mula2 tengok gambo ingat umur 20-an..bila baca artikel 13thn??
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 01:55 PM | Show all posts
Omg habis la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2026 04:42 PM | Show all posts
midori888 replied at 15-5-2026 12:12 PM
tu gambar anak or gambar mak dia?



tergelak la pulak


btw hasil gugelan, mak die pegawai kt kkom



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 05:16 PM | Show all posts

agk2 mana satu mak dia
Jabatan Kualiti, HCTM telah mengadakan Bengkel Intensif Pengendalian Siasatan Maklum Balas Pelanggan pada 30 dan 31 Januari 2024 bertempat di Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) dengan sasaran seramai 70 peserta melibatkan Pegawai Perhubungan Aduan (Liaison Officer) di setiap jabatan .  Penceramah yang telah dijemput pada bengkel ini terdiri daripada Dr. Noor Asyikin selaku Menjalankan Tugas Ketua Jabatan Kualiti, Cik Nur Shuhada Abdul Hamid, Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Kualiti dan Puan Siti Fairuz Mohd Saad, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Kualiti. Turut dijemput adalah penceramah daripada Unit Perhubungan Awam, Hospital Putrajaya iaitu Puan Nurul Insyirah Binti Mohd Ishah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2026 05:27 PM | Show all posts

Jgn lari tumpang rumah llaki dah lah, nnti x psl2 jdi "hidangan free"
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
maleh nak melayan sangat
kot nanti hujung2 ada plot twist
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat nampak dewasa sgt ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mak ko dik
Dah la ibu tunggal
Besarkn ko sorg2
Sblm ni pn pnh x balik rmh jgk kn
Kali ni klu balik lempangkn je si nurin ni
Ank tak kenang budi
Hntr duduk dgn mak tiri ko baru tau
(klu bpk ko dh kawen baru la)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 16-5-2026 07:20 PM
Awat nampak dewasa sgt ni?

Budak2 skrg memg ramai muka tua...lg2 yg jenis bdn besar...sek men lg dh make up tebal...ank sedara aku la ni...klu nk bjln tggu dia dkt 1 jam, bersolek warna warni muka, geram kdg, pdhl dh pesan bersiap awal...tp lmbt jgk...eh sori terbebel plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 08:09 PM | Show all posts
primarikey replied at 16-5-2026 07:36 PM
Budak2 skrg memg ramai muka tua...lg2 yg jenis bdn besar...sek men lg dh make up tebal...ank sedar ...

Tiber tingat tiktok danielle budak umo 3 tahun.. mekap2 dlm keta bapak, soh bukak lampu sbb gelap takleh nak mekap..sekali maknya habaq pi makan kedai tepi jalan jahh... meraung budak kecik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 03:45 PM | Show all posts
gambar lain2, yg mana satu sbnrnya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 16-5-2026 08:09 PM
Tiber tingat tiktok danielle budak umo 3 tahun.. mekap2 dlm keta bapak, soh bukak lampu sbb gelap  ...

bijak kn si nielle ni...geram tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2026 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 17-5-2026 09:02 PM
bijak kn si nielle ni...geram tgk

Comey la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sori vibe indon menebal.  Cari zantan yang berkualitas yach..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesian kt mak ke, kemahen rebel
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 04:53 AM | Show all posts
saya nak video
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 06:57 PM GMT+8 , Processed in 1.004620 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list