CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1190|Reply: 15

Juruteknik maut dipercayai ditikam berkali-kali di pangsapuri di Prima Tebrau

[Copy link]
Post time 15-5-2026 11:07 AM | Show all posts |Read mode





Johor Bahru: Seorang juruteknik berusia 33 tahun yang ditemukan maut di sebuah unit pangsapuri di Prima Tebrau, di sini, malam kelmarin dipercayai ditikam berkali-kali.

New Straits Times (NST) difahamkan polis meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada penduduk bagi membantu siasatan dan mendapatkan bukti rakaman penting berkaitan kejadian itu.

Menurut sumber, rakaman persendirian diminta kerana kebanyakan CCTV di pangsapuri berkenaan sedang menjalani kerja penyelenggaraan dan hanya kamera di pintu keluar utama berfungsi ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi malam tadi mengesahkan pihaknya menerima laporan pada jam 11.12 malam selepas mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam unit berkenaan.

"Mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 10.50 malam. Sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemukan di sisi mangsa," katanya.


Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, mangsa ditemukan selepas rakan sekerjanya meminta bantuan pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Salleh dipercayai tidak hadir bekerja sejak tiga hari lalu.

"Dengan bantuan pengawal keselamatan, mereka pergi ke unit di Blok A sebelum mendapati pintu jeriji dan pintu utama rumah itu terbuka sedikit.

"Mereka kemudian terhidu bau hanyir darah dari dalam rumah sebelum menemukan mangsa terbaring di lantai dan terus menghubungi polis.

"Kami dimaklumkan mangsa ditikam berkali-kali dengan hampir sembilan kesan tikaman termasuk pada bahagian mata," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan pangsapuri turut meminta rakaman CCTV antara jam 6 pagi hingga 9 pagi dari 11 hingga 12 Mei selain rakaman dashcam di kawasan parkir terutama berhampiran lot parkir mangsa bagi membantu siasatan.

Media semalam melaporkan seorang juruteknik ditemukan maut dipercayai dibunuh di dalam sebuah rumah pangsapuri, di sini.

Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2026 11:14 AM | Show all posts
Menurut sumber, rakaman persendirian diminta kerana kebanyakan CCTV di pangsapuri berkenaan sedang menjalani kerja penyelenggaraan dan hanya kamera di pintu keluar utama berfungsi ketika kejadian.

Ye ke?


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja penyelenggaraan, kebetulan ke ni? Pangsapuri ni orang boleh keluar masuk sesuka hati?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kebetulan ke sengaja.
kes tikam lagi,motif tikam bahagian mata?nak bg buta kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh org pun bkn kena gantung
Tu yg memasing rancak berdosa tikam org sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 jenayah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2026 04:38 PM | Show all posts
not another one

yihhhhh



masih ternanti2 jejiran nye cctv

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2026 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Marah apa sgt yg sampai tikam bertalu2 tu
Kena skodeng dgn arwah ke sampai mata yg jd sasaran utama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2026 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa... tikam-tikam...



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 02:40 PM | Show all posts
nauzubillah. kesiannya mangsa. moga ada keadilan utk beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 03:20 PM | Show all posts
kejamnyer smp mata pun ditikam...nampak motif dendam...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Blum ada update lg ke?benang baru kes tikam lain pulak yg muncul
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 09:28 PM | Show all posts
patut klu dh pangsapuri tu, wajibkn la pasang 1 unit cctv kt luar rumah, beli iphone installment bulan2 mampu, cctv cap ayam rm50 pun sengkek nk labur

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 09:28 PM | Show all posts
patut klu dh pangsapuri tu, wajibkn la pasang 1 unit cctv kt luar rumah, beli iphone installment bulan2 mampu, cctv cap ayam rm50 pun sengkek nk labur

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 09:34 PM | Show all posts
malaysia masih oman
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 15-5-2026 12:30 PM
Bunuh org pun bkn kena gantung
Tu yg memasing rancak berdosa tikam org sana sini

Tada kita politik kona tikam...rakyat saja kina tikam..nanti misti mau undi kita pru16
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.339213 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list