CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 831|Reply: 9

Wanita dakwa hampir jadi mangsa pukau di Setia Alam

[Copy link]
Post time 15-5-2026 10:38 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa hampir menjadi mangsa pukau selepas didatangi seorang individu tidak dikenali di kawasan bangunan kedai di Setia Alam, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna dikenali sebagai putri.nouha yang memaklumkan dirinya sempat mengunci pintu kereta sebelum individu terbabit datang menghampirinya.

“I (saya) hampir dipukau, nasib baik sempat lock (kunci) pintu. Yang kawasan Setia Alam hati-hati ya, nampak perempuan ini terus kunci pintu cepat-cepat,” tulisnya.

Perkongsian itu turut disertakan dengan rakaman video memaparkan kelibat seorang wanita berdiri betul-betul di hadapan pintu kereta selain matanya dilihat melilau seolah-olah sedang memerhatikan kawasan sekeliling.

Rakaman tersebut kemudiannya tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk sekitar yang meminta orang ramai supaya lebih berwaspada.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman hampir sama dan menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuka pintu kepada individu tidak dikenali.

“Sekarang macam-macam modus operandi, lebih baik tengok dulu melalui kamera atau tingkap sebelum buka pintu,” komen Syafiqah.

“Dia pukau maca mana tu,” soal @apit_8.

“Dia memerhati sekeliling macam tunggu kawan dia keluar je, mungkin dia dah rancang awal nak target mangsa,” kata @finchbenso.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2026 10:48 AM | Show all posts
Oooo, baju putih tu pemangsa la ye? Mudanya dah buat keje gini. Ko pegila pukau abangla. Tak payah baca jampi, ko tayang ketet saje mesti dia terpukau.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki pukau ni dia ade selit keris kecik panjang seinci je kat badan dia.  Minah ni prolly.. kat celah tetek.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-5-2026 12:47 PM
Kaki pukau ni dia ade selit keris kecik panjang seinci je kat badan dia.  Minah ni prolly.. {:1_519: ...

Untuk apa keris tu sis, untuk bagi jadi ilmu pukau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 15-5-2026 01:18 PM
kotakbaju replied at 15-5-2026 01:04 PM
Untuk apa keris tu sis, untuk bagi jadi ilmu pukau ke?

Boley gugel.  Banyak gunenye.  Tapi khurafat..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2026 04:46 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-5-2026 01:15 PM
Boley gugel.  Banyak gunenye.  Tapi khurafat..

ala tomeynya

terpukau dgn kecomelan saiznya



ala caner niiii



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2026 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-5-2026 01:15 PM
Boley gugel.  Banyak gunenye.  Tapi khurafat..

Lahai kecik nau keris. Ada pulak eh size mini gini. Btw thanks sis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2026 04:07 PM | Show all posts
tumpanglalu74: Kaki pukau ni dia ade selit keris kecik panjang seinci je kat badan dia.  Minah ni prolly.. kat celah tetek.

prolly tu apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2026 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak jadi mangsa pukau, tak sempat kau nak record siap post kat threads.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2026 05:22 PM | Show all posts
gigahertz: prolly tu apa


Prolly = probabbly

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:35 PM GMT+8 , Processed in 1.139581 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list