CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 204|Reply: 0

[Perlis] Dua pemandu teksi Thailand didenda RM6,000 bawa migran haram

[Copy link]
Post time 15-5-2026 03:30 AM | Show all posts |Read mode
Dua pemandu teksi Thailand didenda RM6,000 bawa migran haram

Noor Sara Mohamad Hanif[email protected]





Dua warga Thailand dijatuh hukuman denda RM 6,000 di Mahkamah Sesyen Kangar, di sini, hari ini. FOTO NOOR SARA MOHAMAD HANIF




Kangar: Dua pemandu teksi warga Thailand didenda RM6,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membenarkan migran warga asing masuk ke negara ini secara haram, bulan lalu.

Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah dibuat kedua-dua tertuduh iaitu Kantapong Phetkliang, 37, dan Muhammattarmisee Salaeh, 31.

Kedua-dua tertuduh juga berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan kenderaan Isuzu D-Max yang digunakan tertuduh ketika ditahan dilucuthak kepada kerajaan Malaysia, manakala barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan mengikut budi bicara.

Pada 29 April lalu, kedua-dua tertuduh didakwa membenarkan seorang migran haram warga asing masuk ke premis di kaunter pemeriksaan kereta masuk 3 (KM3), Pos Imigresen Padang Besar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis berkenaan pada 17 April lalu, sekitar jam 3.10 petang.

Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 55E(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda minimum RM5,000 atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap migran yang dijumpai di premis berkenaan.

Pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis, Shazwani Ibrahim, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, Kantapong memohon hukuman minimum dikenakan berikutan dia hanya bekerja sebagai pemandu teksi dan perlu menanggung kedua-dua ibu bapanya.

Muhammattarmisee turut merayu hukuman ringan kerana memiliki empat tanggungan dan hanya bekerja sebagai pemandu teksi.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan itu adalah serius membabitkan kepentingan serta keselamatan awam, sekali gus mengancam kedaulatan negara.

Pendakwaan turut memohon agar barang kes iaitu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max disita dan dilucuthak kepada kerajaan Malaysia, manakala barang kes lain dilupuskan.



Disiarkan pada: Mei 14, 2026 @ 2:52pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1357773/dua-pemandu-teksi-thailand-didenda-rm6000-bawa-migran-haram




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 05:13 AM GMT+8 , Processed in 1.696476 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list