CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 186|Reply: 0

[Kedah] Dua 'pekerja' along didakwa lakukan khianat

[Copy link]
Post time 15-5-2026 03:13 AM | Show all posts |Read mode
Dua 'pekerja' along didakwa lakukan khianat

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





KHAIRUL Helmy (belakang, kiri) dan Mohamad Irwan (baju kemeja kotak) tiba didakwa melakukan khianat dengan membakar dua kenderaan. FOTO Noorazura Abdul Rahman.




Sungai Petani: Dua lelaki yang bekerja dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan membakar dua kenderaan pada Mac dan April lalu.

Khairul Helmy Abd Karim, 39, dan Mohamad Irwan Abdul Halim, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut, mereka didakwa secara bersama melakukan khianat menggunakan api dengan menyimbah petrol sebelum membakar kereta Honda Civic milik seorang lelaki di Jalan Mawar 2/2, Persiaran Amanjaya, di sini pada 5.30 pagi, 20 Mac lalu.

Kedua-duanya turut dituduh melakukan perbuatan sama terhadap kereta Proton Saga milik seorang lelaki sehingga menyebabkan kerosakan di Jalan Anggerik 3/4, Padang Mahkota Jaya pada 4.30 pagi, 24 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dikenakan denda jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Haslina Hasbullah.

Mahkamah menetapkan 21 Jun untuk sebutan semula kes dan dibenar ikat jamin masing-masing RM20,000 dengan seorang penjamin.



Disiarkan pada: Mei 14, 2026 @ 2:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1357770/dua-pekerja-along-didakwa-lakukan-khianat




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 05:03 AM GMT+8 , Processed in 1.008219 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list