CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 281|Reply: 1

[Kedah] 99 pendatang tanpa izin dipindahkan ke negara asal

[Copy link]
Post time 15-5-2026 02:53 AM | Show all posts |Read mode
99 pendatang tanpa izin dipindahkan ke negara asal

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Sebahagian 99 Pati yang dihantar pulang ke negara asal mereka oleh JIM Kedah atas pelbagai kesalahan yang dilakukan ketika berada di negara ini. FOTO IHSAN JIM




Sik: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah melaksanakan program pemindahan seramai 99 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

JIM Kedah dalam kenyataannya berkata, semua PATI yang dihantar pulang terdiri daripada 64 lelaki dan 35 wanita warganegara Myanmar, Indonesia, Bangladesh, China, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, di sini.

Menurut kenyataan itu, semua PATI terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

"Tahanan sudah selesai menjalani hukuman sebelum proses pemindahan dilaksanakan.

"Selain itu, semua tahanan yang dihantar pulang memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala sebahagian daripada mereka turut dibekalkan Dokumen Perjalanan Sementara (Emergency Travel Document) yang dikeluarkan oleh kedutaan negara masing-masing bagi melancarkan proses penghantaran pulang," katanya.

Dalam pada itu, JIM Kedah turut menegaskan bahawa semua PATI yang dihantar pulang disenarai hitamkan dan dilarang memasuki semula Malaysia bagi apa jua tujuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, operasi pemindahan adalah antara fokus utama Depot Tahanan Imigresen Belantik yang dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan tahanan yang selesai menjalani hukuman dihantar pulang dengan segera selaras dengan komitmen JIM dalam membanteras kebanjiran PATI di negara ini.



Disiarkan pada: Mei 14, 2026 @ 1:26pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1357721/99-pendatang-tanpa-izin-dipindahkan-ke-negara-asal




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2026 10:26 AM | Show all posts
Kami rakyat nak baca berita begini. Bukannya ahli politik keluar masuk office sprm, susun saman, berebut kuasa, vision menifesto yang vague, menceceh dekat YT dia pandai semua, orang undi ko jadi waibi bukan suruh ko menceceh kat YT. Pegi turun kawasan la  tengok dah penuh pendatang. Semoga melingkup terlungkup terus next poll.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.752637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list