CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 512|Reply: 0

[Tempatan] 'Kelulusan kewarganegaraan tidak dibuat sewenang-wenangnya penuhi agenda politik pihak tertentu' - Saifuddin Nasution

[Copy link]
Post time 13-5-2026 12:05 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan dakwaan beliau memberi kewarganegaraan kepada rakyat China sesuka hati adalah fitnah dan berniat jahat yang sengaja dimainkan untuk membakar sentimen rakyat serta mengelirukan masyarakat.

Beliau berkata, proses kelulusan permohonan kewarganegaraan tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta tapisan keselamatan yang ketat dan tidak dibuat secara sewenang-wenangnya, apatah lagi untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu.

"Sepanjang saya memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, saya telah menjelaskan fakta ini berserta data yang lengkap beberapa kali di Parlimen dan sesi bertemu media.

"Namun poster berunsur fitnah dan berbaur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) ini muncul dan tular sekali lagi selepas penafian saya mengenai isu sama pada Mac tahun lalu," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Saifuddin Nasution menyeru rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan naratif palsu dan sentiasa menyemak fakta daripada sumber sahih.

Beliau berkata, penyebaran fitnah dan berita tidak benar bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah boleh menjejaskan keharmonian serta keselamatan negara.

"Saya menyeru pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita fitnah dan palsu ini menghentikan segera tindakan tidak bermoral itu dan bersama-sama menyokong usaha Kerajaan MADANI mendepani cabaran semasa termasuk isu krisis bekalan global yang memberi kesan kepada rakyat serta negara," katanya.

Beliau berkata, semua pihak seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat serta mengutamakan kestabilan, perpaduan dan kesejahteraan negara.

"Ini bukan masa untuk menimbulkan keresahan, memainkan sentimen atau menambah beban rakyat dengan fitnah serta propaganda tidak berasas semasa rakyat sedang berhadapan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.120064 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list