CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2335|Reply: 35

‘Balik dengan kesan jahitan, mak saya terus peluk menangis…’ - Diva M enggan lagi bergelumang dalam dunia mak nyah

[Copy link]
Post time 13-5-2026 08:51 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Nekad enggan lagi bergelumang dalam dunia mak nyah atau transgender, pempengaruh dan usahawan Diva M bersyukur tidak terlajak langkah sehingga melakukan pembedahan membuang alat kelamin.

Diva M atau nama sebenarnya, Mohd. Muzakir, 37, berkata, kehidupannya kini lebih tenang apabila kembali ke fitrah sebagai seorang lelaki sejak setahun lalu terutama selepas membuang implan di bahagian dada.

“Saya bersyukur sangat, alhamdulillah saya tak buat benda (sampai) ke tahap yang tak boleh patah balik (buang alat kelamin).

“Saya masih lagi ada yang original (di bawah). Masih ada (tertawa),” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi bersama media di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Memperincikan lebih lanjut tentang fasa kembali kepada fitrah sebagai seorang lelaki, kata anak kelahiran Perak itu, semua itu tidak berlaku dengan mudah.

Bagaimanapun, dia memiliki sistem sokongan yang sangat kuat terutama daripada ibu tersayang yang membuatkan dirinya terus cekal tidak lagi memandang ke belakang.

“Masa pembuangan implan memang tiada perancangan langsung. Keluarga sendiri tak tahu yang saya dah buang implan.

“Satu hari, saya balik ke rumah dengan keadaan masih ada kesan jahitan dan pertama sekali, saya tunjuk pada mak saya. Dia sendiri tak percaya dan terus peluk dan menitiskan air mata.

“Saya masih ingat kata-kata dia: ‘Ya Allah anak aku’. Dia terus bagi sokongan dan cakap, itu yang dia nak sebenarnya. Mungkin susah sangat dia nak ungkapkan semua itu,” ceritanya dalam keadaan penuh beremosi.

15 tahun ‘melekat’

Ditanya berapa lama dia menjadi seorang transgender, jawab Diva M: “Berapa lama, saya tak berapa pasti tapi mungkin sejak kecil memang saya seorang yang (berpewatakan) lembut.

“Tapi soal implan melekat di badan saya, lebih kurang 15 tahun. Saya buang dah hampir setahun — sebelum raya haji tahun lepas saya buang tapi masih ada jahitan di bahagian dada waktu itu.”





Berkongsi lanjut mengenai penghijrahannya itu, kata Diva, keputusan membuang implan payudara dibuat selepas berdepan perasaan tidak selesa selain pengalaman mimpi yang memberi kesan mendalam terhadap hidupnya.

“Waktu itu saya rasa tak selesa, macam ada sesuatu melekat pada badan. Sampai satu tahap saya pernah mimpi saya mati dan benda itu masih melekat pada tubuh saya.

“Dari situ saya ambil keputusan untuk buang implan dan berdoa supaya Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya harap dapat jadi insan lebih baik selepas ini.

“Sekarang nak solat pun rasa lebih selesa, tak rimas. Hidup saya juga lebih tenang dan inilah jalan yang saya pilih sampai tua,” ujarnya yang memiliki seorang anak kandung perempuan berusia 8 tahun hasil perkahwinan pada 2017.

“Bukan anak angkat, tapi memang anak sendiri. Saya kahwin pada tahun 2017 dan ya, sekarang saya berstatus bapa tunggal,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2026 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukti pondan pun boleh keras dan memancutkan walau hati tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 09:40 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-5-2026 09:39 AM
Bukti pondan pun boleh keras dan memancutkan walau hati tak suka.

pondan top?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 10:16 AM | Show all posts
dia ada nak promo apa2 ke ni..?
sejak ada transgender yg konon dah berubah...siap masuk TV and newspaper segala bagai tu.. aku jadi mcm x berapa nak percaya...huhu


apa pun semoga en Muzakir terus kekal kepada fitrah asal sebagai seorang lelaki...dan bapa..

tp knp posing side view mcm gitu..huhu...nak tunjuk dah dada dah flat kah..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 10:19 AM | Show all posts
ada sorang maknyah spore tu.. aku konpius dia pmpuan ke lelaki sbb ada je pmpuan ori yg badan besar suara kasar.. tp lps mak dia sndr buat video berharap & doa ank dia berubah baru tahu dia lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 10:57 AM | Show all posts
BungaKencana replied at 13-5-2026 10:19 AM
ada sorang maknyah spore tu.. aku konpius dia pmpuan ke lelaki sbb ada je pmpuan ori yg badan besar  ...

Yang keje TG tu eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2026 11:00 AM | Show all posts
Alhamdulillah diberi peluang utk bertaubat sebelum mati...bukan semua org dpt peluang bertaubat, some hati mereka dikeraskan dari bertaubat dan mati dlm keadaan kufur. Nauzubillahiminzalik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 11:01 AM | Show all posts

tak tahu la dia keje ape tp dia bdn besar segala besar.. i nk tunjuk gmbr tp i lupa nme TT dia hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2026 12:10 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 13-5-2026 11:01 AM
tak tahu la dia keje ape tp dia bdn besar segala besar.. i nk tunjuk gmbr tp i lupa nme TT dia hah ...

Okeh noweris. I doakan ingatan u kembali pulih agar hilang rasa penasaran siapa kah orangnya. Gituhh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 12:19 PM | Show all posts
Edited by BungaKencana at 13-5-2026 12:22 PM
Sazreena replied at 13-5-2026 12:10 PM
Okeh noweris. I doakan ingatan u kembali pulih agar hilang rasa penasaran siapa kah orangnya. Gitu ...

okehhhh i gugel smpai jumpa hahahhaa so nahhh ni orangnye

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 02:52 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 13-5-2026 12:19 PM
okehhhh i gugel smpai jumpa hahahhaa so nahhh ni orangnye

Tengs sis bunga. Gigih ya menggugel.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Semoga istiqomah
Maybe berkat doa mak dia hari2 kot sampai terdetik utk kembali asal
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semoga berkekalan. Harap kalau mak dah takde pun nnt terus kekal juga demi tuhan & anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan juga la rupa dia sbg lelaki sejati so tk payah dah gatal nak patah balik jd pondan. Kekal spt fitrah yg tuhan buat
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-5-2026 09:39 AM
Bukti pondan pun boleh keras dan memancutkan walau hati tak suka.

mcm lelaki straight di bj paksa oleh gay
pun boleh keras
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 05:07 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 13-5-2026 12:19 PM
okehhhh i gugel smpai jumpa hahahhaa so nahhh ni orangnye

Eh? Dia ni ondan ke? Laaaaaaaaaaah serius i tak tahu. I memang follow dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2026 05:27 PM | Show all posts
noorhairiahma replied at 13-5-2026 05:07 PM
Eh? Dia ni ondan ke? Laaaaaaaaaaah serius i tak tahu. I memang follow dia.

i awal2 dulu pun igt dia pmpuan pastu i baca komen2 pun ramai ckp dia trans smpai la ada vtt mak dia berhrp dia berubah & mnta org ramai doakan dia berubah..mak dia sedih dia mcm tu tp mak dia terima
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 13-5-2026 05:32 PM

diva M ni yg rambut mayang mengurai jual shampoo kat TT tu ke
pastu dia gi umrah kan baru2 ni

soalan: so dia kawen 2017 time tu masih lagi memondan lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam tergugel masuk laman carijodoh puak2 gay - grindr

Masih terngiang ngiang kejijikan memasuki laman tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm bapak tiri kim k la eh.dah ada anak tiba2 operate jd transgender.igtkan diorg ni langsung xde nafsu kt prmpuan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.734512 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list