CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 717|Reply: 3

[Tempatan] Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dijangka siap pada 2031

[Copy link]
Post time 12-5-2026 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-5-2026 01:11 AM


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dijangka siap pada 2031Asrol Awang[email protected]






GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Kuantan: Kerajaan Pahang mengesahkan bahawa cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng, di sini dijangka siap pada 2031.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, ini kerana lapangan terbang ini satu aset membabitkan kos berbilion ringgit yang akan beroperasi antara 50 dan 100 tahun.

Justeru, katanya, perancangan projek perlu penelitian dan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa.
"Kita perlu mematuhi piawaian pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan semua agensi. Sebab ini soal nyawa penumpang lapangan terbang yang dijangka berjumlah dua juta penumpang setiap tahun.

"Insya-Allah, akan ada pengumuman menarik oleh pihak pemaju dan terus mengikuti perkembangan seterusnya," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Ceka) yang ingin tahu status lapangan terbang pada pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Nizar berkata, cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng serta Bandar Aeroangkasa adalah projek strategik berimpak tinggi kerajaan negeri yang dilaksanakan melalui pendekatan pembiayaan swasta di atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Katanya, pembangunan itu dirancang secara bersepadu melibatkan kawasan seluas kira-kira 5,042 hektar, merangkumi komponen utama seperti lapangan terbang antarabangsa, fasiliti MRO, Space City, Advanced Mobility Park, Data Centre, Al Tech Park, serta pembangunan bercampur residensi dan komersial yang menyokong ekosistem aeroangkasa dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi.

Berhubung status terkini, projek ini kini berada pada peringkat pemuktamadan keperluan teknikal, struktur pelaksanaan serta pembabitan pelabur strategik.

"Pada masa sama, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada pematuhan syarat teknikal yang ketat oleh agensi persekutuan yang berkaitan.

"Ia termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), CAAM serta Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), khususnya membabitkan aspek kawal selia, keselamatan dan piawaian operasi penerbangan antarabangsa," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri bersama pihak pemaju sedang melaksanakan libat urus berterusan dengan semua agensi berkaitan untuk memastikan setiap keperluan teknikal dipenuhi sepenuhnya sebelum pelaksanaan fizikal diteruskan.


Disiarkan pada: Mei 12, 2026 @ 9:04am





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 05:17 PM | Show all posts
Introduce direct flights ke Penang, Kuching & KK cukup lah dulu.

nak ada international airport nak ke mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2026 05:41 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-5-2026 01:17 AM
Introduce direct flights ke Penang, Kuching & KK cukup lah dulu.

nak ada international airport nak  ...

Mungkin China, Singapura dan Indonesia. Negara Eropah dan Timur Tengah mungkin 50 tahun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-5-2026 05:17 PM
Introduce direct flights ke Penang, Kuching & KK cukup lah dulu.

nak ada international airport nak  ...

Tepat sekali. Dari Kuantan lagi dekat nak ke Kuching & KK, tapi kena terbang pergi KL dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.111644 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list