CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 668|Reply: 1

[Tempatan] ADUN gesa isu Lynas dibincang di Parlimen

[Copy link]
Post time 12-5-2026 09:54 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Dakwaan perjanjian melibatkan Lynas Malaysia Sdn Bhd yang dikatakan membekalkan oksida nadir bumi kepada Jabatan Perang Amerika Syarikat (AS) wajar dibincangkan di Parlimen kerana melibatkan aset strategik negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh ahli Parlimen bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara.

“Setuju dibincangkan di Parlimen sebab melibatkan aset strategik negara. Perkara ini boleh dibahaskan dan terserah kepada ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, sebanyak 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili pelbagai kumpulan masyarakat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap perjanjian berkenaan yang didakwa membekalkan oksida nadir bumi kepada Jabatan Perang AS.

Menurut mereka, dasar luar Malaysia yang berteraskan prinsip berkecuali (non-alignment) berpotensi terjejas sekiranya negara terlibat dalam rantaian bekalan ketenteraan bagi negara yang sedang melaksanakan operasi ketenteraan di pelbagai wilayah.

Dalam perkembangan sama, Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang merupakan antara NGO terlibat menggesa kerajaan mengenakan syarat lebih ketat, melaksanakan langkah pembetulan atau mempertimbangkan penggantungan serta pembatalan lesen Lynas.

Langkah itu, menurut mereka, penting bagi mengelakkan sebarang bentuk sokongan yang boleh dianggap bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Mengulas lanjut, Mohd Nurkhuzaini berkata, sumber mineral nadir bumi (REE) di Terengganu merupakan antara kapasiti terbesar negara yang perlu dibangunkan secara bertanggungjawab.

Beliau menegaskan, potensi tersebut seharusnya dimanfaatkan demi keamanan sejagat, bukan untuk menyokong industri yang boleh membawa kepada kemusnahan.

“Pendekatan pembangunan REE perlu selaras dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada aktiviti huluan, pemprosesan hingga ke aplikasi hiliran.

“Ia bagi memastikan setiap fasa pembangunan mematuhi standard antarabangsa dari segi kelestarian alam sekitar, kesejahteraan sosial dan tadbir urus berintegriti,” katanya.

Tambah beliau, Terengganu mempunyai kelebihan strategik dengan kewujudan elemen nadir bumi berat (HREE) yang bernilai tinggi seperti terbium (Tb) dan dysprosium (Dy).

https://www.sinarharian.com.my/a ... bincang-di-parlimen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
huhu... yg bangkang dulu dh jadi peneraju...polisi pun bertukar...haha.. betul² gamekan rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049377 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list