CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 5

[Tempatan] JHL selamatkan 11 gajah terperangkap dalam kolam terbiar

[Copy link]
Post time 12-5-2026 05:04 AM | Show all posts |Read mode





JHL selamatkan 11 gajah terperangkap dalam kolam terbiar


TERPERANGKAP: Sekumpulan 11 ekor gajah Pygmy Borneo terperangkap di dalam kolam air terbiar berhampiran Hutan Simpan Deramakot di Ladang FGV Cepat Ringgit B, di Kinabatangan.




KINABATANGAN: Sekumpulan 11 ekor gajah Pygmy Borneo termasuk seekor anak berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah kolam air terbiar berhampiran Hutan Simpan Deramakot di Ladang FGV Cepat Ringgit B, di sini.

Menurut kenyataan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, kejadian terbabit dipercayai akibat keadaan tebing kolam yang curam sekali gus menyukarkan kumpulan haiwan berkenaan keluar dari kawasan itu.

Melalui perkongsian pihak JHL di laman rasmi Facebook 5R Hidupan Liar,  kejadian itu dipercayai berlaku pada 9 Mei lepas.

Kesemua gajah terbabit diselamatkan oleh pasukan JHL daerah Kinabatangan yang bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.
Pasukan bertindak membentuk laluan keluar yang lebih landai dan selamat bagi membolehkan kawanan gajah keluar dari kolam.

"Berkat usaha serta kerjasama semua pihak, kesemua gajah berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius dilaporkan," menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, pihak JHL mencadangkan agar kolam terbiar itu ditutup atau dipasang halangan keselamatan bersesuaian bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan.

JHL turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk pekerja ladang yang menyalurkan maklumat awal sehingga operasi menyelamat dapat dilaksanakan dengan segera.

Tindakan itu membuktikan kerjasama antara agensi, pihak ladang dan masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan hidupan liar terus terpelihara, khususnya spesies ikonik Sabah seperti gajah Pygmy Borneo.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 10:49 AM | Show all posts
kesiannya mereka..
semoga hidupan liar kita sentiasa dilindungi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. sian nya... ni la jadi bila habitat diorg dikacau, berhampiran pembangunan..moga baik²
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 10:06 AM | Show all posts
Purestteam1 replied at 12-5-2026 10:50 AM
Allah.. sian nya... ni la jadi bila habitat diorg dikacau, berhampiran pembangunan..moga baik²

bukan setakat habitat dimusnah, populasi pun meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 10:20 AM | Show all posts
aku kesian kt spesies gajah pygmy ni.  kerajaan sabah dah lindungi diorg, ladang2 pun siap buat laluan khas utk gajah2 ni, dapat indon sumatera cibai tangkap gajah2 ni. mentang2la kecik. pemburu yindon tu kejam tau. ada satu kes tu die tak puas hati gajah2 tu takde gading die pegi racun semua kumpulan gajah2 tu tinggal anak sekor je hidup sbb racun tak cukup. kejam gila spesis 1q78 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2026 10:26 AM | Show all posts
annehuda replied at 13-5-2026 10:20 AM
aku kesian kt spesies gajah pygmy ni.  kerajaan sabah dah lindungi diorg, ladang2 pun siap buat lalu ...

kasi tembak indon2 ni...jahat sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.123115 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list