CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 13

[Tempatan] Sng disaran bawa cadangan status Bumiputera generasi ketiga Cina ke Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 12-5-2026 04:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-5-2026 12:57 PM



Sng disaran bawa cadangan status Bumiputera generasi ketiga Cina ke Dewan Rakyat.




Mohamad Asfia mengulas isu polemic Bumiputera yang dibangkitkan Larry Sng pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Sarawak Ke-3 di Ibu Pejabat PBB, Jalanv Bako hari ini. – Gambar Chimon Upon


KUCHING: Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng disaran membawa cadangan pemberian status Bumiputera kepada generasi ketiga masyarakat Cina Sarawak ke Dewan Rakyat bagi menguji tahap sokongan terhadap usul tersebut.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menekankan bahawa kedudukan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta pelbagaiundang-undang lain, justeru sebarang pindaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Parlimen serta perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Tegas Mohamad Asfia, asas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 adalah kedudukan dan hak istimewa orang Melayu berbanding bukan Melayu sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan pembentukan Malaysia pada 1963, perkara itu turut diterjemahkan dalam Perkara 39 Perlembagaan Negeri Sarawak dan diperkukuhkan menerusi undang-undang persekutuan serta negeri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat MajlisTertinggi PBB Sarawak Ke-3 di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, hari ini.

Katanya, sebarang perubahan terhadap kedudukan Bumiputera melibatkan peruntukan di bawah Perkara 161A, Perkara 153 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang pindaan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen persekutuan.
"Selain itu, di bawah Perkara 161E, perlindungan tertentu bagi Sabah dan Sarawak, hanya boleh dipinda dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri,” katanya.

Bercakap lanjut, beliau memberitahu kuasa kawalan terhadap status peribumi di Sarawak diperkukuh menerusi OrdinanTafsiran 2005 (Pindaan) 2005, selain peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Adat Istiadat di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera.

"Sehubungan itu, saya ingin mengajak semua untuk melihat kembali corak pengundi Cina di Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini yang menolak Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan memilihParti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Di Sarawak pula, para pemimpin masyarakat Cina mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Bumiputera yang terus memberi sokongan kepada mereka dalam pilihan raya negeri dan Parlimen.

"Antara pemimpin masyarakatCina ialah Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Khui Hian, Dato Sri Lee Kim Shin, Datuk Sebastian Ting, Dato Sri Huang Tiong Sii, Datuk Ding Kuong Hiing sebagai contoh".

Tambah Mohamad Asfia lagi, Majlis Raja-Raja juga mempunyai peranan penting dalam sebarang pindaan berkaitan hak Melayu danBumiputera, termasuk kuasa memberi persetujuan di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan serta proses rundingan mandatori di bawah Perkara 38.

“Yang di-Pertuan Agong turut mempunyai tanggungjawab khusus di bawah Perkara 153 untuk melindungi kedudukan orang Melayu dan peribumi Sabah serta Sarawak,” ujarnya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2026 04:58 AM | Show all posts
Jika di Sarawak berjaya. Di semenanjung pula.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sikit demi sedikit... lama lama
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 12-5-2026 11:05 AM

Kawen melanau bidayuh iban macam kawan2 ai terus cakap melayu dgn anak bini kat rumah, dan anak2 depa x reti bahasa cina tapi muka cina, dah cina lain cong ceng budak tu apa x faham
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 12:18 PM | Show all posts
Edited by gigahertz at 12-5-2026 04:19 AM

Ni mesti kes cina semenanjung kahwin sana atau orang sana kahwin cina luar negara.
pastu dah menetap lama 3 generasi masih gagal dapat perkataan bumiputera.

bende ni kalau berjaya. ramai cina malaysia kahwin dengan anak sarawak / sabah
pastu quota ASB , UiTM habis la kena bolot dengan cina semenanjung.
bende ni menguntungkan cina semenanjung yang akan datang.
kahwin bumiputera tak payah tukar agama. tak payah sunat apa semua.
ramai confuse. ingat Melayu & Bumiputera tu bende yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 12:20 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-5-2026 08:58 PM
Jika di Sarawak berjaya. Di semenanjung pula.

jika berjaya ramai cina sarawak cari perempuan sana kahwin.
dapat title bumiputera balik ke semenanjung buat penuh UiTM & ASB.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2026 12:31 PM | Show all posts
Purestteam1 replied at 12-5-2026 10:51 AM
sikit demi sedikit... lama lama
Bumiputera merujuk kepada penduduk asal atau peribumi di Malaysia, terutamanya Melayu, Orang Asli, serta pelbagai kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, yang mendapat keistimewaan khas di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Pada 2025, populasi Bumiputera mencecah 21.8 juta orang, dengan kadar penyertaan tenaga kerja sebanyak 67.4%.Komponen Utama BumiputeraMelayu Semenanjung: Majoriti penduduk.Orang Asli: Terdiri daripada kelompok Negrito, Senoi, dan Proto-Melayu.Bumiputera Sabah & Sarawak: Termasuk Iban, Kadazandusun, Bajau, Murut, Orang Sungai, dan banyak lagi.



celah mana cinanya




Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kempunan status bumi rupanye......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2026 01:57 PM | Show all posts
Status bumiputra tu tinggi valuenya. Tapi ciki-ciki ramai yang bongok kawin pati paki bangla sengkek nak dipergunakannya tapi tak sedar, perasan deeply in love.

Budak  anak pati tadak ic tu pun dah ada orang nasihat nak senang, kawin dengan local bole dapat ic merah. Walaupun gebang i'm not into marriage to get shortcut, aku tak percaya  punyalah.

Borneo case, atuk or onyang mereka kahwin campur puluhan taun dulu mungkin genuine case bukan niat nak dapat special status. But now kalu dah third generation, technically they can demand for it. Korang ingat depa tak tau ramai indon nak berlakikan M sebab nak tumpang status?

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 02:17 PM | Show all posts
nope..dont ever ever open the window.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 02:39 PM | Show all posts
hahaha jom test kat sarawak dulu...bior pribumi kat sana merasa dulu.....dok pung pang harmoni sangat kan......
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Slow2 dia masuk Cuba masuk ek
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:16 PM | Show all posts
Kalau tak berjaya, next akan cakap "tertindas"
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2026 09:53 PM | Show all posts
tingginya nilai bumiputra.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.082592 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list